Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2018

Wahai Isteri Bersabarlah

Dugaan paling besar adalah BERSABAR... Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami. Kita - makhluk Allah yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami - sengaja atau tidak sengaja. Rasulullah S.A.W sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan - saat berdepan dengan satu saja pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain. Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allah. betapa ngerinya! Jadi seorang isteri, banyak-banyakkanlah minta maaf dari suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesiapa. Allah ya Allah, rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan darinya. Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita. Jangan kita sibuk besar-besarkan kesilapanny...

30 Episod siri Halaqah TV9 2016 ''Kiamat Pasti Datang''

Kepada teman-teman yang berminat dan ingin menonton siri Halaqah TV9 2016 "Kiamat Pasti Datang" sebanyak 30 episod, berikut senarai Link untuk panduan semua. Selamat menonton dan sebarkan ilmu. semoga beroleh manfaat. 1. Ep 1 - Penciptaan Alam 2. Ep 2 - Kiamat ! 3. Ep 3 - Utusan Allah 4. Ep 4 - Fasa Masa ! 5. Ep 5 - Kejatuhan Empayar Uthmaniyah 6. Ep 6 - Kerajaan yang Menyombong! 7. Ep 7 - Taqdir Baru Dunia! 8. Ep 8 - Jemaah Dajjal ! 9. Ep 9 - Kesengsaraan di akhir zaman! 10. Ep 10 - Isyarat Mata Satu! 11. Ep 11 - New World Order! 12. Ep 12 - Konspirasi pergolakan semenanjung Arab! 13. Ep 13 - Asap Ad Dukhan! 14. Ep 14 - Musnahnya Tamadun Dunia! 15. Ep 15 - Imam Mahdi ! 16. Ep 16 - Pemerintahan Al Mahdi ! 17. Ep 17 - Kemunculan Dajjal ! 18. Ep 18 - Pemerintahan Dajjal ! 19. Ep 19 - Turunnya Nabi Isa as 20. Ep 20 - Hakikat Yakjuj Makjuj ! 21. Ep 21 - Era Fasa ke 5 ! 22. Ep 22 - Matahari terbit dari Barat! 23. Ep 23 - Binat...

AMARAN : Jangan Menggunakan Telefon Bimbit dalam Waktu Gelap

Dr Justice Arthur, seorang pegawai perubatan di Hospital Cape Coast (Bakkano) telah mengatakan bahawa apabila lampu dimatikan pada waktu malam, seseorang dilarang melihat telefon bimbit! (Telefon pintar) Kesan Melihat telefon bimbit dalam waktu gelap akan menyebabkan mata jadi buat Biasanya menggunakan telefon bimbit sebelum tidur di waktu gelap boleh membawa kepada masalah mata yang serius. Baru-baru ini, peningkatan bilangan pesakit berusia 30-40 tahun mendapatkan  rawatan perubatan kerana berpunca daripada menggunakan telefon bimbit dalam waktu yang gelap. Profesor Li Li, pengarah Hospital Ophthalmology SGH Singapura, berkata: "30 minit silau mata akan menyebabkan degenerasi makular mata yang tidak dapat dipulihkan yang membawa kepada kemerosotan penglihatan yang pantas. Contract maculopathy (kanser mata) bermaksud menunggu penglihatan kerana ubat moden tidak dapat dirawat, apalagi menyembuhkannya. Telefon yang tinggi cahayanya dalam kegelapan dengan p...

Kembali kepada hak dan fitrah sebenar: Soal Kebebasan Tanggungjawab Siapa?

Semenjak dua menjak ni viral isu berkenaan dengan LGBT. Lepas tu ada pegawai dari JAKIM buat press conference pasal LGBT siap jemput sekali aktivis ni konon2 memperjuangkan nasib mak nyah atau golongan pondan dekat Malaysia ni. Aku bukan terer sangat nak masuk campur isu-isu ni semua kalau boleh dijauhkan lah diri ku keturunan-keturunan aku dari masalah yang tengah kronik melanda negara kita. Nauzubillahiminzalik moga Allah jauhkan bala bencana di negara kita. Aku cuma ingin menulis berkenaan soal implikasinya jika kerajaan terlalu terbuka dalam soal kebebasan, soal LGBT, soal syiah dan sebagainya. Sedarkah kita apa implikasinya sekiranya semua ini berlaku di Malaysia? Kerajaan perlu berfikiran waras dan jangan terlalu terbuka dengan apa sahaja penerimaan yang boleh mencalarkan negara dan imej islam. Aku nampak sekarang ni rakyat Malaysia sekarang ini lebih bijak menilai dan berfikir itu sebab pentingnya rakyat yang berilmu dan berpengetahuan tinggi terhadap ajaran Islam. ...