![]() |
| Selamat Berpuasa |
Assalammualaikum..
Dengan lafaz basmallah saya ingin melancarkan BLOG saya ini dengan rasminya pada 1hb Ramadhan..saya sangat teruja untuk menulis blog sejak 2 tahun yang lepas (2008). Bukan kerana mengikut trend terkini adanya blog,fb,twitter mungkin friendster dan myspace sebagai kemudahan teknologi terkini. Saya juga tidak terkecuali ingin menyumbang idea dan pandangan terhadap sesatu perkara berkaitan hal sendiri,keluarga,masyarakat,agama dan negara khususnya. Saya bukanlah pemikir yang fanatik dalam menghujahkan sesuatu perkara yang boleh menyentuh isu sensitiviti mana-mana pihak. Jika boleh pengalaman hidup serta ilmu yang saya ada dapat dikongsikan bersama pihak yang memerlukan.Sesungguhnya indahnya ilmu itu sekiranya kita dapat berkongsi bersama dan diamalkan.
Seperti saya kata tadi sekian lama saya memikirkan apakah tajuk penulisan saya yang harus saya kongsikan bersama. Adakah ianya menyentuh hal politik, agama, peribadi atau hal-hal lain pasal isu semasa? Jawapannya ia tetapi tidaklah terlalu serius. Penulisan saya mungkin simple dan orang suka membaca mengikut hati dan naluri. Seperti yang diberitahu oleh rakan sekelas saya bahawa "mahu menulis blog ni jgn ikut sesuka hati sesedap rase tetapi haruslah mengikut naluri kita baru sedap nak membaca" begitulah yang dikatakan. Insyaallah, saya akan menulis dengan cara yang terbaik.
Ilham untuk menulis blog ini tetiba datang pada hari ini iaitu pada hari pertama umat islam berpuasa. Mungkin pada bulan mulia ini saya dapat mencoretkan sepatah dua kata dengan kata-kata rasminya bahawa saya juga ingin mempunyai blog. pemikirsejenak yang merupakan nama blog saya tetiba hadir semasa mula-mula saya ingin mendaftar membuat blog. Mungkin ada blogger di luar sana yang mempunyai nama seangkatan yang begitu saya ingin mohon kemaafan kerana saya bukanlah peniru. Alhamdulillah, jika niat kita baik Allah mudahkan segala urusan kita seperti membuat blog ini.
Rasanya sudah lama saya berceloteh pasal blog. Apa yang saya ingin katakan disini mudah-mudahan pembaca diluar sana dapat menerima kehadiran saya sebagai blogger yang baru nak belajar ini. Nantikan keluaran-keluaran penulisan saya pada masa akan datang. Insyaallah saya tidak akan menghampakan para pembaca sekalian. Akhir kata dari saya, yang lemah itu datangnya dari saya yang baik itu datangnya dari Allah swt. Sekian terima kasih..
p/s: Ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua ahli keluarga yang tercinta di Kota Tinggi, rakan-rakan seperjuanganku, saudara-mara yang jauh dan dekat tidak lupa juga saudara baru kaum muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Mudah-mudahan puasa pada tahun ini akan mendapat sejuta keberkatan daripada tahun-tahun yang lepas. Selamat Berpuasa, aIyyoo fasting..

Comments
Post a Comment