Skip to main content

Kisah Jumaat : Oh Indahnya Islam

Image Detail

Hari ini dah masuk hari Jumaat hari yang penuh  kebesaran bagi umat Islam dimana kaum lelaki di sunatkan untuk sembahyang berjemaah di masjid. Teringat seketika Aku pada satu kisah hari Jumaat dimana sewaktu aku bersama bos (Non-Muslim) dalam perjalanan untuk menghantar pelan ke suatu PBT. Kami telah melalui sebuah masjid yang berhampiran dengan PBT tersebut, kelihatan jemaah masjid baru sahaja usai solat dan meyebabkan jalanraya di kawasan tersebut penuh sesak dengan kenderaan jemaah-jemaah dari  masjid terbabit. Tetiba satu persoalan dilontarkan oleh bos (Non- Muslim),boleh I tanya tak? ' kenapa Tuhan orang Islam macam memilih kasih sebab hanya orang lelaki sahaja yang diwajibkan untuk sembahyang'? Soalan tersebut menyebabkan Aku terkesima.. Nak bagi jawapan yang panjang takut bos Aku tidak faham pula sebab inilah kewajipan Aku sebagai seorang Islam. Aku perlu menjawab juga persoalan tersebut dengan mencari jawapan yang ringkas, padat dan penuh makna agar bos aku lebih faham dan yakin dengan jawapan yang aku berikan. Sambil mata melihat jemaah masjid yang baru sahaja bersurai  dari masjid, tetiba aku mendapat satu ilham untuk menjawab persolan tersebut, Cuba bos tengok masjid tu? Ramai orang tak? Kalau orang perempuan diwajibkan untuk solat Jumaat tentu masjid itu lagi sesak. Bagi meyakinkan bos, aku menambah lagi jawapan tersebut, sebenarnya orang perempuan tak diwajibkan untuk solat Jumaat sebab mereka perlu jaga anak-anak mereka di rumah sebab itu hanya orang lelaki sahaja yang disuruh untuk lakukan solat jumaat di masjid. Hanya dua sebab sahaja aku berikan dan Alhamdulillah bos aku terus puas hati dengan jawapan yang aku berikan sambil menambah, oh betul-betul sebab hari Jumaat satu harikan baru saya faham. Dalam hatiku terasa puas apabila dapat menyakinkan bos dengan jawapan yang aku beri sambil berdoa 'Ya Allah Engkau Lembutkan Hati Bos Aku Termasuk Keluarganya Untuk Menerima Islam sebagai Agama  Pegangan Mereka'.

Syukur Alhamdulillah sejak dari dulu sehingga sekarang Aku tidak putus-putus bersyukur kerana telah dilahirkan dalam Islam. Lihat sahaja keindahan islam dan keadilannya terhadap umatnya hanya melihat dengan mata kasar berdasarkan situasi tersebut kita patut berfikir bahawa Islam adalah agama seadil-adilnya tanpa membezakan lelaki dan perempuan, pangkat atau darjat, kuat ataupun lemah.Ketinggian darjat yang di angkat oleh Allah adalah ketakwaan hambanya terhadap Tuhannya yang esa.

Comments

Popular posts from this blog

6 Pesanan Untuk Wanita Akhir Zaman

Allah SWT menjadikan wanita sebagai salah satu ujian atau fitnah buat kaum lelaki. Ini dijelaskan oleh Allah SWT di dalam al-Quran: Firman Allah SWT: زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ Ali-Imran:14.Maksudnya: “Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia suka kepada perkara-perkara yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan.”  Terdapat juga sebuah hadith yang jelas menunjukkan bahawa wanita merupakan fitnah bagi kaum lelaki. Hadith tersebut diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan ramai lagi iaitu: Daripada Usamah bin Zaid RA, bahawa Nabi SAW bersabda: مَا تَرَكْتُ بَعْدِي فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنَ النِّسَاءِ Maksudnya: “Tidak aku tinggalkan selepas daripadaku yang lebih berbahaya ke atas kaum lelaki daripada wanita.” [Riwayat al-Bukhari (5096) dan Muslim (2740)]. Dalam membicarakan isu fitnah wanita, ia bukanlah bermakna wanita itu dianggap negatif menurut pandangan syarak. Bahkan syarak sangat memuliakan dan meninggikan kedu...

Anti-Semitic – Pembohongan Media Barat

Tahukah sebenarnya seluruh dunia telah diperbodohkan oleh media-media barat yang menggelarkan individu-individu yang menunjukkan penentangan kepada negara haram Israel dan golongan Zionist sebagai “Anti-Semitic”. Tun Dr. Mahathir, Dr. Azzam Tamimi, mantan Presiden Iraq, Saddam Hussein dan ahli parlimen British; George Gallaway adalah beberapa individu-individu yang mendapat gelaran “Anti-Semitic” oleh media barat berikut kenyataan-kenyataan mereka dan pandangan-pandangan yang diutarakan mereka. Mengapa saya kata kita diperbodohkan ? Mari kita lihat apakah pengertian “Semitic” dari sudut bahasa. Mengikut Concise Oxford English Dictionary, Semitic boleh dimaksudkan sebagai “an Afro-Asiatic subfamily of languages that includes Hebrew, Arabic, and Aramaic and certain ancient languages such as Phoenician and Akkadian”. Ini bermakna Semitic itu bukan hanya merujuk kepada bangsa Yahudi semata walhal turut merujuk kepada bangsa Arab. Jadi logikkah Dr. Azzam Tamimi dan Saddam Hussein yang b...

AMARAN : Jangan Menggunakan Telefon Bimbit dalam Waktu Gelap

Dr Justice Arthur, seorang pegawai perubatan di Hospital Cape Coast (Bakkano) telah mengatakan bahawa apabila lampu dimatikan pada waktu malam, seseorang dilarang melihat telefon bimbit! (Telefon pintar) Kesan Melihat telefon bimbit dalam waktu gelap akan menyebabkan mata jadi buat Biasanya menggunakan telefon bimbit sebelum tidur di waktu gelap boleh membawa kepada masalah mata yang serius. Baru-baru ini, peningkatan bilangan pesakit berusia 30-40 tahun mendapatkan  rawatan perubatan kerana berpunca daripada menggunakan telefon bimbit dalam waktu yang gelap. Profesor Li Li, pengarah Hospital Ophthalmology SGH Singapura, berkata: "30 minit silau mata akan menyebabkan degenerasi makular mata yang tidak dapat dipulihkan yang membawa kepada kemerosotan penglihatan yang pantas. Contract maculopathy (kanser mata) bermaksud menunggu penglihatan kerana ubat moden tidak dapat dirawat, apalagi menyembuhkannya. Telefon yang tinggi cahayanya dalam kegelapan dengan p...