Wahai gadis tolonglah jaga pendengaranmu, maruahmu dan kesucian nulari mu. Allah telah menciptakanmu sebaik-baik kejadian Janganlah engkau mudah hanyut dengan kata-kata lelaki yang ingin mengambil kesempatan terhadap dirimu . Jadikanlah Allah sebagai penemanmu dikala dikau bersedih mahupun gembira. Kerana Allah adalah Tuhan yang layak untuk Engkau cintai bukanlah dengan lelaki yang sembarangan yang masih belum menjadi halal untuk engkau wahai gadis. Janganlah engkau menganggap lelaki yang mencintaimu itu akan melindungi mu dari mara bahaya. Ingatlah bahawa Allah yang akan menjaga gerak-gerimu sekiranya engkau ingin mendapatkan pelindungan-Nya. Insyaallah yakinlah pada-Nya. Lelaki yang engkau anggapnya sebagai pakwe atau boyfriends tidak mampu untuk melindungi engkau apabila berjauhan dengannya. Ingatlah wahai gadis dosamu bukan boyfreinds mu yang tanggung kerana dosamu ditanggung oleh ibu dan bapa kamu. Kasihanilah gadis dengan kedua ibu bapamu yang telah melahirkan kamu kedunia, memberi makan dan minum, tempat tinggal, dan membesarkan dirimu dengan sebaiknya bukannya pakwe kamu. Janganlah kamu terlalu gembira dengan tempoh percintaanmu yang terlalu lama kerana selagi kamu berkasih-kasihan tanpa hubungan yang halal maka dosalah yang kamu dan ibu bapamu yang tanggung.
Jika kamu terlalu mencintai pakwe kamu, ajaklah dia bernikah denganmu suruhlah dia melamarmu dengan segera dan berjumpa dengan kedua ibu bapa kamu, jika dia tidak mahu ataupun tidak mampu untuk menyunting kamu dengan segera usahlah engkau mencintainya lagi kerana dia mahu kamu dan kedua ibu bapa kamu ke neraka. Bukankah nabi pernah berkata 'kahwinlah seseorang itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya?sekiranya kamu berkahwin dengannya kerana agamanya tentu sahaja kamu akan bahagia. Jika dia tahu agama tentu sahaja dia mengamalkannya dan dengan sendirinya akan berpisah denganmu. Jika tahu agama tapi tak mengamalkannya usahlah memilihnya sebagai seorang suami yang soleh.
Wahai gadis ingatlah Allah, ingatlah Allah, ingatlah Allah, jika kamu tidak punyai sesiapa iaitu teman lelaki ingatlah Allah adalah teman sebaik-baiknya. Janganlah kamu berasa sunyi dan sedih disebabkan kamu tiada pakwe sepertimana teman-temanmu yang lain. Jadikanlah Allah sebagai tempat mengadu, menghilangkan kesedihan, mintalah apa sahaja darinya Insyaallah jika kita yakin Dia akan perkenankan doa kita. Hati kita juga akan menjadi tenteram.

Wahai gadis percayalah kataku usahlah bercinta lagi dengan orang yang kita cintai tapi dia masih belum mampu untuk menyunting kita. Jika kamu inginkan jodoh yang baik maka tinggalkan kekasihmu bukan berniat untuk menyakiti hatinya tapi untuk kesejahteraan kedua ibu bapamu. Mana lagi penting kekasihmu itu ataupun kedua ibu bapamu? Fikirkanlah sebaik-baiknya wahai gadis. Walaupun kamu telah membawa teman lelakimu itu berjumpa dengan kedua ibu bapamu dan mereka menyukai lelaki tersebut tetapi sebenarnya kedua orang tuamu itu tidak mahu melukai hati anaknya walaupun mereka tersenyum sebenarnya senyuman itu pahit untuk ditelan kerana mereka tahu dosa mereka sedang meningkat. Mereka juga akan merasa pedih dihatinya kerana merasakan bahawa kasih sayangnya terhadap kamu masih kurang berbanding teman lelakimu itu. Kasihanilah mereka wahai gadis.
Wahai gadis percayalah juga kataku, tinggalkan teman lelakimu itu, jika sebelum ini kamu selalu bersms dan bergayut ditelefon untuk mengelakkan kesunyian maka tinggalkanlah perkara tersebut dengan menyibukkan diri dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membaca buku-buku kerohanian, jika sebelum ini engkau suka keluar dating bersama teman lelakimu maka duduk sahaja lah dirumah dengan mengaji Al-Quran mahupun menghafal Al-Quran ataupun ke masjid ataupun kelas-kelas ilmu. Jika sebelum ini engkau suka bergayut pada waktu tengah malam maka lepas ini bergayutlah dengan Allah dengan melakukan solat sunat tahajud,istikharah dan solat sunat yang lain. Jika sebelum ini engkau suka mendengar lagu-lagu jiwang di radio maka perdengarkanlah lagu-lagu nasyid dalam mp3. Segala pekerjaan yang engkau lakukan ini akan membuatkan hati engkau berasa bahagia dan tenang. Jangalah engkau merasa sedih lagi bila engaku meninggalkan kekasihmu itu..
Wahai gadis bercintalah lepas kahwin.
Comments
Post a Comment