Sombong, bongkak, bangga diri, takbur semua tu sama je maknanya, dan antara ciri-ciri penyakit hati kalo tak dikekang sekarang nanti sampai bila-bila sifat tu tak boleh hilang sampai anak-anak,cucu cicit pun berjangkit. Buat apa nak sombong nak berlagak konon banyak harta dan kerjaya yang baik. Tak payahlah nak meninggi sangat ingatlah diri tu di ciptakan dari tanah jugak dan kembalinya pun kepada tanah jugak. Lainlah kalo diri tu diciptakan daripada emas, intan, berlian dan permata.
Tak payah lah nak sombong, harta kekayaan, pangkat dan darjat itu semuanya sementara sahaja. Usia pun makin lama makin meningkat dan diri pun makin lama makin tua. Kumpul harta banyak-banyak dari muda bertujuan untuk menunjuk-nunjuk, untuk megah, untuk kepentingan diri sahaja baik tak payahlah, Duit banyak pun buat apa tapi hati tidak tenang padahal dah cukup sebab duit yang dipeolehi itu tak berkat sebab tak belanjakan kepada fakir miskin dan bersedekah kepada yang memerlukan. Astaghfirullah hal azim. Insaflah duit bukan menjamin kebahagiaan.
Tak payahlah nak sombong ada banyak harta, duit itu hanya sekeping kertas yang di cop dengan nilai angka RM5, RM 10,RM 50 itu je. Ni sanggup jadi hamba duit siang malam bekerja mengerah tenaga semata-mata nak dapatkan duit yang dicetak.Kene tipu jelah oiii...
Ingatlah harta kekayaan,kuasa, pangkat, kedudukan, darjat dan seangkatan dengannya bukanlah menjamin kebahagian dunia dan akhirat. Ingatlah juga orang yang paling di cintai oleh Allah adalah orang yang beriman dan takwa kepada-Nya..
P/S: Untuk kesedaran diri sendiri juga dan tiada kaitan antara yang hidup dan mati

Comments
Post a Comment