Skip to main content

PERINGATAN KEPADA PERINDU ALLAH

Salam Jumaat.. salam hari mulia..pada hari ini sahaja tersentuh hati saya apabila membaca berita pemergian Bob Kuman kepada penciptanya ..saya bukanlah peminat tegar kepada Bob Kuman dan tidak mengikuti perkembangan seninya sepanjang hayatnya....cuma sejak kebelakangan ini cerita penderitaan Bob Kuman tentang penyakit yang dialaminya sering diperkatakan di dada akhbar dan elektronik.. Al-Fatihah diucapkan kepada Bob Kuman semoga rohnya dicucuri rahmat oleh-Nya..Kita yang masih hidup ini teruskan perjuangan dalam mencari kehidupan yang lebih sempurna sebagai seorang Islam..Syukur alhamdulillah Bob Kuman telah menerima hidayah dari Allah sebelum kematiannya dan ramai juga saya lihat yang datang menziarahinya..Apa yang saya terbaca mengenai beliau sepanjang hayatnya ialah beliau seorang yang tidak berkira walaupun beliau sendiri dalam kesusahan..Itu cerita Bob Kuman yang kita ini yang masih dipinjamkan nyawa oleh Allah apa amalan yang kita dah lakukan sepanjang kita hidup? Masih mahu berkira lagi?

Hari ini juga saya ada terbaca kisah seorang yang dah meninggal 30 tahun lepas tetapi mayatnya masih lagi sempurna macam baru semalam meninggal...Siapakah hamba Allah yang bertuah itu?..



Disebut oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya tidak busuk dan reput dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati adalah:
1. Para nabi
2. Para Ahli Jihad
3.Para alim ulama
4. Para penghafal AlQuran
5.Imam atau pemimpin yang adil
6. Tukang azan
8.Wanita yang mati kelahiran/beranak
9.Orang mati dibunuh atau dianiaya
10.Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dalam keadaan orang beriman

Jadi persoalannya tidakkah kita mahu menjadi salah seorang daripada no 2 hingga 10 itu? Apa yang kita mahu kejar lagi di dunia?Harta?Pangkat?Wanita?Kekayaan?atau Keredaan Allah..

Okey itu cerita mereka yang baru meninggal, sudah lama meninggal dan saya juga ada terbaca kisah seorang perindu jihad yang mati tetapi hidup semula..cerita ini berlaku di Palestin dan nama beliau ialah Abu Imad Soleh Uthman...Kisahnya pada tahun 1993 beliau bersama dua orang sahabatnya telah melakukan istyishad yang pertama di Israel bagi memberi tekanan Israel agar melepaskan pejuang palestin yang telah diseksa oleh mereka..Letupan yang amat dasyat telah mengorbankan 26 penjajah Israel dan 2 orang sahabatnya..Namun beliau hanya cedera parah dan dimasukkan ke wad ICU Israel dan koma selama 50 hari walaupun telah dilakukan pelbagai ikhtiar oleh Israel untuk mendapatkan maklumat darinya..Sepanjang 50 hari beliau koma hanya sekali sahaja beliau sedar dan ayat yang terpacul dimulut beliau adalah Allahuakbar..Ya Allah sungguh mulianya pejuang ini disisi-Mu..Pihak Israel telah berputus asa dan pakar-pakar memberitahu bahawa Abu Imad tiada peluang untuk hidup lagi..Kemudiannya Israel telah menghantar Abu Imad ke padang pasir mempunyai suhu 45 darjah celsius untuk menyeksanya..Namun kuasa Allah Abu Imad masih hidup dan diberi nyawa lagi..Semasa beliau benar-benar sedar beliau telah berada di Gaza dan mengalami kecacatan lumpuh di kaki dan tangan kanan beliau..Walaupun begitu, beliau telah memesan 3 perkara kepada kita yang masih hidup ini ambil ikhtibar atas segala pesanannya iaitu:

 1-Kita hendaklah hidup dengan mencari keredhaan Allah kerana padanya terletak sebesar-besar kemuliaan
2-Kita mestilah hidup dengan memberi manfaat kepada Islam dan ummahnya
3-Kehidupan akan menjadi mulia apabila kita merasa sentiasa diperhatikan oleh Allah swt.


Pejuang syahid yang hidup...

Nasihat saya kepada diri saya juga, ambil lah segala pengalaman yang berguna kepada 3 peristiwa yang telah saya ceritakan ini..agar kita sama-sama akan memperolehi manfaat yang berguna semasa nyawa kita masih ada ..Wallahualam bis sawwab..

Comments

Popular posts from this blog

6 Pesanan Untuk Wanita Akhir Zaman

Allah SWT menjadikan wanita sebagai salah satu ujian atau fitnah buat kaum lelaki. Ini dijelaskan oleh Allah SWT di dalam al-Quran: Firman Allah SWT: زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ Ali-Imran:14.Maksudnya: “Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia suka kepada perkara-perkara yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan.”  Terdapat juga sebuah hadith yang jelas menunjukkan bahawa wanita merupakan fitnah bagi kaum lelaki. Hadith tersebut diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan ramai lagi iaitu: Daripada Usamah bin Zaid RA, bahawa Nabi SAW bersabda: مَا تَرَكْتُ بَعْدِي فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنَ النِّسَاءِ Maksudnya: “Tidak aku tinggalkan selepas daripadaku yang lebih berbahaya ke atas kaum lelaki daripada wanita.” [Riwayat al-Bukhari (5096) dan Muslim (2740)]. Dalam membicarakan isu fitnah wanita, ia bukanlah bermakna wanita itu dianggap negatif menurut pandangan syarak. Bahkan syarak sangat memuliakan dan meninggikan kedu...

Anti-Semitic – Pembohongan Media Barat

Tahukah sebenarnya seluruh dunia telah diperbodohkan oleh media-media barat yang menggelarkan individu-individu yang menunjukkan penentangan kepada negara haram Israel dan golongan Zionist sebagai “Anti-Semitic”. Tun Dr. Mahathir, Dr. Azzam Tamimi, mantan Presiden Iraq, Saddam Hussein dan ahli parlimen British; George Gallaway adalah beberapa individu-individu yang mendapat gelaran “Anti-Semitic” oleh media barat berikut kenyataan-kenyataan mereka dan pandangan-pandangan yang diutarakan mereka. Mengapa saya kata kita diperbodohkan ? Mari kita lihat apakah pengertian “Semitic” dari sudut bahasa. Mengikut Concise Oxford English Dictionary, Semitic boleh dimaksudkan sebagai “an Afro-Asiatic subfamily of languages that includes Hebrew, Arabic, and Aramaic and certain ancient languages such as Phoenician and Akkadian”. Ini bermakna Semitic itu bukan hanya merujuk kepada bangsa Yahudi semata walhal turut merujuk kepada bangsa Arab. Jadi logikkah Dr. Azzam Tamimi dan Saddam Hussein yang b...

AMARAN : Jangan Menggunakan Telefon Bimbit dalam Waktu Gelap

Dr Justice Arthur, seorang pegawai perubatan di Hospital Cape Coast (Bakkano) telah mengatakan bahawa apabila lampu dimatikan pada waktu malam, seseorang dilarang melihat telefon bimbit! (Telefon pintar) Kesan Melihat telefon bimbit dalam waktu gelap akan menyebabkan mata jadi buat Biasanya menggunakan telefon bimbit sebelum tidur di waktu gelap boleh membawa kepada masalah mata yang serius. Baru-baru ini, peningkatan bilangan pesakit berusia 30-40 tahun mendapatkan  rawatan perubatan kerana berpunca daripada menggunakan telefon bimbit dalam waktu yang gelap. Profesor Li Li, pengarah Hospital Ophthalmology SGH Singapura, berkata: "30 minit silau mata akan menyebabkan degenerasi makular mata yang tidak dapat dipulihkan yang membawa kepada kemerosotan penglihatan yang pantas. Contract maculopathy (kanser mata) bermaksud menunggu penglihatan kerana ubat moden tidak dapat dirawat, apalagi menyembuhkannya. Telefon yang tinggi cahayanya dalam kegelapan dengan p...