Hari ni macam takde idea nak tulis entry skali belek-belek facebook terjumpa lah gambar mereka ini iaitu Imam Muda Hassan dan Isterinya Ulfah..mereka begitu sempadan sekali...bagai pinang dibelah dua..bijak, cantik, alim dan yang penting soleh dan solehah..Lihat sajalah imam muda Hassan, muda-muda lagi dah dapat panggilan Imam .. Kalo tengok isterinya lagi lah walaupun memakai pakaian pengantin masih lagi bertudung labuh.. Ini lah janji Allah lelaki yang soleh untuk perempuan yang solehah..dan Allah juga telah membuktikannya juga kepada mereka berdua..Alhamdulillah moga-moga hubungan mereka kekal bahagia hingga ke syurga dan dikurniakan permata yang soleh dan solehah..Sweetkan mereka???
Seperti yang diperkatan oleh Imam Muda Hassan, Ulfah merupakan pilihannya sendiri dan mereka berdua bercinta selepas diijabkabulkan...Wah macam ni lah 'sweet couple' tak perlu nak melalui fasa bercinta sebelum berkahwin sebab kedua-duanya tak perlu rasa musykil di hati terhadap bakal pasangan masing-masing kerana terang-terangan mereka adalah dari golongan yang baik-baik..Insyaallah..
Berdasarkan hasil pembacaan saya, " "Jika kamu bercouple 20 tahun sekalipun, kamu tidak akan mengenal dia (pasangan kamu), yang kamu kenal hanyalah lakonannya."
[Imam Hasan Al-Banna]
sebab tu buang masa je..
baik kawen terus, senang kenal yang sebenar2nya...
~ Fatimah Syarha~
hehehe betul tak? Tetapi ada juga orang kata kene couple dulu sebelum nikah sebab nak kenal hati budi dulu pasangan macam mane, manalah tahu lelaki tu jahat ke, kaki judi ke,kaki pempuan ke,kaki botol,or kaki bola..opsss...kaki bola?hehehe..sama-samalah nilaikan nak nikah dulu pastu bercinta macam imam muda hassan atau cinta dulu pastu nikah..dan kalo ikutkan kata Imam Hassan Al-Banna tu cuba kita lihat macam mana perangai pasangan kita sekarang ini (sebelum kahwin) dan lepas kahwin...betul tak apa Imam Hassan Al-Banna kata..

Comments
Post a Comment