Sedar tak sedar hari ni dah masuk hari ke-6 umat islam menyambut bulan syawal 1433 hijrah..bermaksud dah enam hari bulan ramadhan meninggalkan kita..kepada perindu bulan ramadhan pastinya rasa syahdu dan rindu untuk menjalani ibadah puasa di siang hari dan ibadah tarawikh di malam hari.. Namun apakan daya masa terlalu mencemburui kita dan nasib baik juga lah dunia ini sentiasa memutarkan masanya dan kita akan berjumpa lagi bulan ramadhan yang seterusnya..Insyaallah asalkan niat di hati agar ramadhan seterusnya adalah lebih baik dari ramadhan yang sebelumnya.. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin kepada kaum muslimin dan muslimat seantero dunia..walaupun kita berlainan bangsa , bahasa dan warna kulit tetapi kita semua adalah satu agama iaitu Islam..teruskan perjuangan anda semua untuk menegakkan ajaran Islam yang sebenarnya..
Menjadi contoh tauladan kepada semua