Skip to main content


Sedar tak sedar hari ni dah masuk hari  ke-6 umat islam menyambut bulan syawal 1433 hijrah..bermaksud dah enam hari bulan ramadhan meninggalkan kita..kepada perindu bulan ramadhan pastinya rasa syahdu dan rindu untuk menjalani ibadah puasa di siang hari dan ibadah tarawikh di malam hari..

Namun apakan daya masa terlalu mencemburui kita dan nasib baik juga lah dunia ini sentiasa memutarkan masanya dan kita akan berjumpa lagi bulan ramadhan yang seterusnya..Insyaallah asalkan niat di hati agar ramadhan seterusnya adalah lebih baik dari ramadhan yang sebelumnya..

Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin kepada kaum muslimin dan muslimat seantero dunia..walaupun kita berlainan bangsa , bahasa dan warna kulit tetapi kita semua adalah satu agama iaitu Islam..teruskan perjuangan anda semua untuk menegakkan ajaran Islam yang sebenarnya..

Comments

Popular posts from this blog

6 Pesanan Untuk Wanita Akhir Zaman

Allah SWT menjadikan wanita sebagai salah satu ujian atau fitnah buat kaum lelaki. Ini dijelaskan oleh Allah SWT di dalam al-Quran: Firman Allah SWT: زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ Ali-Imran:14.Maksudnya: “Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia suka kepada perkara-perkara yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan.”  Terdapat juga sebuah hadith yang jelas menunjukkan bahawa wanita merupakan fitnah bagi kaum lelaki. Hadith tersebut diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan ramai lagi iaitu: Daripada Usamah bin Zaid RA, bahawa Nabi SAW bersabda: مَا تَرَكْتُ بَعْدِي فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنَ النِّسَاءِ Maksudnya: “Tidak aku tinggalkan selepas daripadaku yang lebih berbahaya ke atas kaum lelaki daripada wanita.” [Riwayat al-Bukhari (5096) dan Muslim (2740)]. Dalam membicarakan isu fitnah wanita, ia bukanlah bermakna wanita itu dianggap negatif menurut pandangan syarak. Bahkan syarak sangat memuliakan dan meninggikan kedu...

Anti-Semitic – Pembohongan Media Barat

Tahukah sebenarnya seluruh dunia telah diperbodohkan oleh media-media barat yang menggelarkan individu-individu yang menunjukkan penentangan kepada negara haram Israel dan golongan Zionist sebagai “Anti-Semitic”. Tun Dr. Mahathir, Dr. Azzam Tamimi, mantan Presiden Iraq, Saddam Hussein dan ahli parlimen British; George Gallaway adalah beberapa individu-individu yang mendapat gelaran “Anti-Semitic” oleh media barat berikut kenyataan-kenyataan mereka dan pandangan-pandangan yang diutarakan mereka. Mengapa saya kata kita diperbodohkan ? Mari kita lihat apakah pengertian “Semitic” dari sudut bahasa. Mengikut Concise Oxford English Dictionary, Semitic boleh dimaksudkan sebagai “an Afro-Asiatic subfamily of languages that includes Hebrew, Arabic, and Aramaic and certain ancient languages such as Phoenician and Akkadian”. Ini bermakna Semitic itu bukan hanya merujuk kepada bangsa Yahudi semata walhal turut merujuk kepada bangsa Arab. Jadi logikkah Dr. Azzam Tamimi dan Saddam Hussein yang b...

ISLAM SUDAH BANGKIT

Memang kejam, jahat dan zalim manusia bertopengkan syaitan.. Masih lagi tergamak nak hidup dan tinggal di bumi Allah? Pegi jahanamlah.. Kenapa mesti orang-orang Islam  (ahlul-sunnah wal jamaah) menjadi mangsa., menjadi kerakusan puak-puak yang anti kepada islam?Apa dosa mereka, masjid dibakar, pembunuhan orang-orang yang lemah kanak-kanak, perempuan, orang tua. Mereka dihina, mereka didera, diperkosa sebelum dibunuh dengan kejam. Ya Allah, selamatkanlah mereka semua, walaupun semua telah sedia maklum bahawa orang-orang yang menentang kekufuran telah dijanjikan Allah akan beroleh syurga dan syafaat di akhirat kelak.Amin.. Wahai orang-orang kafir yang menentang Islam, ingatlah apa yang telah engkau lakukan pada hari ini telah membangkitkan umat Islam seluruh dunia untuk berjuang menegakkan agama Islam dan menegakkan agama suci dan diyakini benar dan sebenar-benarnya. Mereka bukan senyap, mereka bukan tidur, mereka bukan tidak mahu menentang tetapi mereka menunggu saat-saat yang se...