Hidup ku mati ku, kerana-Mu Ya Allah
Hati ku sayu dan sedih bila tidak dapat memuaskan hati dan perasaan orang lain,
Walaupun diriku sakit tapi aku tetap jua ingin membantu mereka yang dalam kesusahan,
Tapi aku diuji dengan keadaan orang sekeliling yang pelbagai ragam,
Yang kekadang tidak memahami apakah sebenarnya tujuanku
Aku tidak mahu berlaku riak, takbur dan sombong
Kerana apa yang aku lakukan hanyalah mengharapkan keredhaan Mu
Tuhan,
Siapakah aku dihadapan Mu nanti
Aku takut apa yang aku lakukan di dunia ini hanya sia-sia
Amalan yang aku lakukan tidak mendapat pahala malahan dosa yang terpalit
Aku tidak kisah bila diuji tapi aku kasihan kepada mereka yang mendapat ujian
Segalanya takdir yang menentukan
Tuhan,
Janganlah Engkau uji apa yang tidak aku tidak berdaya menanggungnya
Aku mengharapkan rahmat dan keampunan darimu di dunia dan akhirat
Amin Ya Rabbalalamin

Comments
Post a Comment