Assalammualikum..
Sudah sekian lama rasanya tidak membuat coretan di sini. Masa sentiasa mencemburui aku. Sebelum kahwin banyak masa digunakan untuk membuat persiapan perkahwinan. Sekarang ini telah masuk 2 bulan setengah aku bergelar seorang isteri.
Sungguh menjadi seorang isteri mengajar aku erti tanggungjawab sebenar,erti kesabaran dan kasih sayang dalam hidup. Apatah lagi sebagai seorang manusia mengajar erti ketakwaan kepada pencipta-Nya.
Aku sedar hakikat hidup didunia ini bukanlah mengejar duniawi semata-mata dunia hanyalah pentas lakonan yang menguji manusi. Akhirat adalah segala-galanya dunia yang sebenar tempat dimana manusia akan diadili.
Sekarang aku tidak keseorangan lagi aku dah tahu siapa sebenar jodoh ku yang telah Allah s.w.t tentukan sejak azali lagi. Aku tidak perlu mencari jodoh aku lagi. Jika dahulu puas aku mencari siapa gerangan orangnya tetapi sekarang tidak lagi. Dia ada lah suamiku yang aku cintai dunia dan akhirat yang menyatukan diriku dengan dirinya melalui akad nikah.
Walau bagaimanapun perkahwinan bukanlah pengakhiran cerita seperti yang dilihat dalam drama-drama yang disiarkan dalam kaca televisyen. Perkahwinan adalah awal percintaan, kerana apa? Semasa dalam perkahwinan itulah saat kita kenal pasangan hidup dan hidup saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain.
Hakikat hidup,tidak selalunya indah. Biasalah hidup berumahtangga ada asam garamnya dan ada turun dan naiknya. Hidup inikan seperti roda. Sedangkan lidah lagi tergigit ini kan pula suami isteri. Jadi bersabarlah wahai temanku itukan ujian dalam kehidupan jangan mudah ungkapkan kata perpisahan. Allah sebaik-baik perancang saat akad lafaz ijab dan kabul Dia telah tetapkan itulah pasangan yang terbaik yang Allah hadiahkan untukmu. Allah telah tetapkan bahawa lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Oleh itu, perbaikilah hidup kamu menjadi insan yang soleh dan solehah.
Alhamdulillah selepas sahaja aku diuji dengan berbagai lelaki yang pernah bertakhta dalam hati rupanya Allah telah pun sediakan aku seorang lelaki yang aku anggap soleh. Lelaki lain yang pernah bertakhta denganku dan berpisah itu adalah ujian kerana Dia mahu biarkan aku buat pilihan yang tepat. Memilih atau menerima jodoh itu bukan perlu serkap jarang. Buatlah pilihan yang tepat seperti yang Nabi Muhammad ajarkan kepada kita. Paling penting pilihlah lelaki yang mempunyai agama dan kerohanian yang kuat dalam diri. Sebab dia lah dunia kita yang sebenar. Doalah dari sekarang untuk mendapat jodoh yang boleh membimbing dan menjadi imam kita untuk menjadi manusia yang bahagia dunia dan akhirat.
Teman-temanku yang masih belum menemui jodoh atau telah menemui pilihan tetapi masih belum boleh berkahwin. Bersabarlah kerana Allah mahu kamu persiapkan diri dan bersedia terlebih dahulu sebelum kamu menemui bidadari atau bidadaramu. Belajarlah ilmu agama dan rumahtangga secukupnya kerana ia cukup penting sebagai bekalan untukmu apabila bergelar seorang suami atau isteri.
Bahkan ilmu agama juga perlu sebagai bekalan akhirat kelak. Jadi janganlah berputus asa dan kecewa jika gagal di alam percintaan. Jangan salahkan takdir apabila saat diterima ujian bersyukurlah kerana ujian itu tandanya Allah masih sayangkan kita Dia merindui kita dan tidak mahu kita hanyut ke lembah yang hina kerana bercinta sebelum berkahwin itu mendekatkan diri kepada kemaksiatan.
Akhir kalam dari ku, kita adalah manusia yang tidak sempurna carilah pasangan hidup yang soleh atau solehah untuk melengkapi dan menyempurnakan hidup kita.

Comments
Post a Comment