Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2014

Penantian seorang ibu baru

Memiliki cahaya mata adalah perkara yang sangat diidamkan dan dinantikan oleh pasangan  suami dan isteri yang telah berkahwin dan lebih-lebih lagi yang baru sahaja berkahwin. Hati mana yang tidak gembira jika dirinya disahkan oleh doktor telah hamil atau mengandung? Pada hari ini usia perkahwinan saya telah memasuki bulan yang ke-5. Alhamdulillah kehidupan saya sangat bahagia bersama encik suami yang tercinta dialah suami,abang, kawan, imam tempat bermanja dan bergaduh.  Sungguh penantian itu amat menyeksakan. Sebelum berkahwin kami tidak pernah  merancang untuk tidak memiliki anak dalam waktu terdekat. Jika rezeki menyebelahi kami untuk memiliki zuriat dengan segera kami tidak menolaknya malah amat menerima dengan sebaik-baiknya. Jika diikutkan sebulan selepas perkahwinan saya mengalami demam yang amat teruk, muntah-muntah dan sakit kepala. Mujur suami sentiasa berada disisi menjaga dan merawat saya . Ibu mengatakan bahawa kemungkinan saya mengandung dan d...

Lirik lagu arjuna beta - Fyn Jamal

Verse 1 Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur datang petir menyambar jengking dan ular– bonda takkan berundur nyamanlah arjuna beta mimpikan yang indah saja nanti bila kau buka mata semua tak serupa verse 2 kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi jalan betul, anakanda, tak jelas mata– ambil yang sarat duri hiduplah arjuna beta biarkan jasad yang luka selama tuhanmu ada takkan engkau tercela chorus ngeri tak terbayang mata bonda takkan ada sentiasa nanti moga kau tak lupa bonda memujukmu, anakanda hiduplah arjuna beta biarkan jasad yang luka selama tuhanmu ada takkan engkau tercela nyamanlah arjuna beta mimpikan yang indah saja nanti bila kau buka mata semua tak serupa