Skip to main content

Makin Tinggi Makin Tunduk

Bak kata pepatah, "Resmi Padi, semakin tinggi semakin tunduk" ini lah coretan yang nak disampaikan mengenai dengan tajuk yang telah ditulis  di atas dengan lumrah kehidupan manusia.

                                 Sumber: Google

Adakah anda faham dengan pepatah melayu yang dinyatakan di atas? Baiklah saya ingin bagi gambaran bahawa apabila kita lihat padi semakin tinggi ianya bukan semakin menegak tetapi semakin condong macam itu juga lalang. Okey apa kaitan dengan pepatah tersebut dengan lumrah kehidupan manusia?

Pertama sekali kita perlu ingat bahawa sesuatu yang berlaku ada sebabnya kenapa Allah ciptakan tumbuhan tersebut semakin condong. Ini sebabnya keadaan tersebut mendorong manusia untuk berfikir sejenak kenapa orang- orang dulu mengambil nama resam padi untuk dijadikan pepatah melayu sesuai dengan lumrah hidup manusia.

Sebagai contoh saya ambil adalah bidang pendidikan. Dalam menuntut ilmu ini peringkat yang paling tinggi adalah phd yang mana apabila kita telah melepasi peringkat tersebut kita boleh dikurniakan gelaran Doktor Falsafah. Mereka yang bergelar Doktor Falsafah ini sering diberikan penghargaan oleh orang sekeliling kerana mereka telah berjuang sehabis baik untuk menuntut ilmu. Cuma bagi saya menuntut ilmu bukan hanya habis diperingkat Dr. falsafah sahaja malah  menuntut ilmu perlu sampai ke liang lahad sebenarnya.

Bagi pandangan saya dan pengalaman yang pernah saya alami bersama dengan para ilmuan ini banyak mengajar saya bahawa semakin kita banyak ilmu,banyak harta,mempunyai pangkat yang tinggi dan sebagainya janganlah kita perlu sombong dan meninggi diri. Sebelum kita nak buat semua perkara tersebut cerminlah diri kita dahulu sebelum kita mempunyai sikap yang sebegitu.

Apa guna pangkat tinggi dan harta banyak tapi tiada ilmu dalam jiwa iaitu takwa? Ilmu yang selalu manusia sia-siakan adalah ilmu kehidupan dan ilmu agama. Sebab itu semua ilmu ini amat penting dalam kehidupan seharian kita kerana dengan ilmu menghalang diri kita daripada berboros dengan harta dunia.

Macam itu lah resmi padi semakin tinggi semakin tunduk. Gunakan akal fikiran kita semasak-masaknya dalam melakukan sesuatu tindakan sama ada betul atau salah. 

Bila kita semakin ada ilmu semakin kita faham akan lumrah kehidupan jadi cari lah ilmu yang mana semakin tinggi kita belajar semakin banyak kita belajar tentang kehidupan. Sebab itu orang-orang yang pernah saya jumpa dan mempunyai phd ini ramai yang baik-baik dan tidak sombong apabila berbicara. Biasanya orang yang sombong sebab mereka tiada ilmu.

Kesimpulannya,berdampinglah dengan mereka yang bergelar ilmuan nescaya kamu juga akan turut serta bersama mereka dalam mengejar kehidupan yang sebenarnya.

Comments

Popular posts from this blog

6 Pesanan Untuk Wanita Akhir Zaman

Allah SWT menjadikan wanita sebagai salah satu ujian atau fitnah buat kaum lelaki. Ini dijelaskan oleh Allah SWT di dalam al-Quran: Firman Allah SWT: زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ Ali-Imran:14.Maksudnya: “Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia suka kepada perkara-perkara yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan.”  Terdapat juga sebuah hadith yang jelas menunjukkan bahawa wanita merupakan fitnah bagi kaum lelaki. Hadith tersebut diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan ramai lagi iaitu: Daripada Usamah bin Zaid RA, bahawa Nabi SAW bersabda: مَا تَرَكْتُ بَعْدِي فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنَ النِّسَاءِ Maksudnya: “Tidak aku tinggalkan selepas daripadaku yang lebih berbahaya ke atas kaum lelaki daripada wanita.” [Riwayat al-Bukhari (5096) dan Muslim (2740)]. Dalam membicarakan isu fitnah wanita, ia bukanlah bermakna wanita itu dianggap negatif menurut pandangan syarak. Bahkan syarak sangat memuliakan dan meninggikan kedu...

Anti-Semitic – Pembohongan Media Barat

Tahukah sebenarnya seluruh dunia telah diperbodohkan oleh media-media barat yang menggelarkan individu-individu yang menunjukkan penentangan kepada negara haram Israel dan golongan Zionist sebagai “Anti-Semitic”. Tun Dr. Mahathir, Dr. Azzam Tamimi, mantan Presiden Iraq, Saddam Hussein dan ahli parlimen British; George Gallaway adalah beberapa individu-individu yang mendapat gelaran “Anti-Semitic” oleh media barat berikut kenyataan-kenyataan mereka dan pandangan-pandangan yang diutarakan mereka. Mengapa saya kata kita diperbodohkan ? Mari kita lihat apakah pengertian “Semitic” dari sudut bahasa. Mengikut Concise Oxford English Dictionary, Semitic boleh dimaksudkan sebagai “an Afro-Asiatic subfamily of languages that includes Hebrew, Arabic, and Aramaic and certain ancient languages such as Phoenician and Akkadian”. Ini bermakna Semitic itu bukan hanya merujuk kepada bangsa Yahudi semata walhal turut merujuk kepada bangsa Arab. Jadi logikkah Dr. Azzam Tamimi dan Saddam Hussein yang b...

AMARAN : Jangan Menggunakan Telefon Bimbit dalam Waktu Gelap

Dr Justice Arthur, seorang pegawai perubatan di Hospital Cape Coast (Bakkano) telah mengatakan bahawa apabila lampu dimatikan pada waktu malam, seseorang dilarang melihat telefon bimbit! (Telefon pintar) Kesan Melihat telefon bimbit dalam waktu gelap akan menyebabkan mata jadi buat Biasanya menggunakan telefon bimbit sebelum tidur di waktu gelap boleh membawa kepada masalah mata yang serius. Baru-baru ini, peningkatan bilangan pesakit berusia 30-40 tahun mendapatkan  rawatan perubatan kerana berpunca daripada menggunakan telefon bimbit dalam waktu yang gelap. Profesor Li Li, pengarah Hospital Ophthalmology SGH Singapura, berkata: "30 minit silau mata akan menyebabkan degenerasi makular mata yang tidak dapat dipulihkan yang membawa kepada kemerosotan penglihatan yang pantas. Contract maculopathy (kanser mata) bermaksud menunggu penglihatan kerana ubat moden tidak dapat dirawat, apalagi menyembuhkannya. Telefon yang tinggi cahayanya dalam kegelapan dengan p...