Setiap orang yang bekerjaya dalam sesuatu bidang mesti ada kerja part time yang boleh dilakukan untuk mencari duit tambahan untuk diri sendiri dan keluarga. Ada yang memilih menjadi photographer,menjual barang atau produk secara online,menjual burger,menjadi tukang masak dan sebagainya berdasarkan pengalaman dan kemahiran yang dimiliki. Iyerklah mana cukup gaji RM3000 sebulan untuk membuat perbelanjaan harian. Perlu bayar bil air dan elektrik,membayar duit rumah,membayar duit motor dan kereta serta berbelanja dapur. Sedangkan gaji RM3000 pun belum tentu cukup inikan pula yang bergaji bawah paras tersebut.
Kerja part-time menjual barang kitar semula mesti jarang orang buat bukan? Sebenarnya kerja mencari barang terbuang telah dilakukan oleh saya dan suami pada pertengahan tahun 2014 lagi. Sehingga sekarang kami masih melakukan kerja tersebut mencari,mengumpul dan menjualnya di kilang kitar semula terletak tidak jauh dari taman perumahan saya.
Sebenarnya ilham untuk menjual barang terbuang terjadi masa saya dan suami ingin membuang kotak-kotak hadiah yang diterima masa perkahwinan kami pada akhir tahun 2013. Disebabkan kotak-kotak tersebut terlalu banyak kami putuskan untuk menjualnya sahaja daripada dibuang. Kebetulan office lama suami sedang buat renovation jadi banyak barang-barang seperti pelan-pelan lama dan kotak yang ingin dibuang. Suami mengambil peluang tersebut dan membawa barang-barang tersebut bawa balik ke rumah. Setelah barang tersebut dikumpulkan baru lah kami menjualnya.
Alhamdulillah,walaupun pendapatan yang diterima tidaklah terlalu lumayan tetapi kepuasan yang diterima sangat bernilai untuk kami walaupun memperoleh RM 10 dalam sesuatu masa. Sejak dari itu kami istiqamah mencari barang-barang yang terbuang dan menganggap barang-barang tersebut sebagai harta yang tidak ternilai.
Sejak dari itu juga barang-barang yang telah kami gunakan seperti botol minuman,tin,kotak-kotak dan kertas tidak kami buang sewenang-wenangnya ke dalam tong sampah sepertimana sebelum ini. Adalah lebih baik barang-barang tersebut dikumpulkan dan dijual apabila telah banyak. Nasib dirumah sewa terdapat satu bilik kosong yang dijadikan stor barangan. Jadi senanglah menyimpan barang-barang tersebut.
Sepertimana saya katakan tadi memang betul tidaklah terlalu lumayan jual barang kitar semula ini tetapi kepuasan hati sangat lumayan bagi kami kerana dapat menjaga bumi Allah sebaik mungkin. Kekadang bila cuti minggu jika tidak balik kampung memang saya dan suami akan pergi ke taman-taman permainan atau hutan bandar untuk mencari barang-barang terbuang ini. Kekadang kami akan pergi ke kedai-kedai yang biasa kami beli barang keperluan untuk mencari kotak-kotak nasib baiklah peniaga-peniaga ini tidak mengenakan caj untuk mengambil kotak-kotak tersebut. Sampaikan jiran depan rumah pun tiap-tiap hari bagi kami kotak bagi menyokong usaha kami ini.
Apa yang berbaloinya menjual kotak ini adalah kita akan hargai barang-barang yang digunakan, tidak perlu mengeluarkan modal dan keringat, merapatkan hubungan dengan suami dan isteri,jiran dan peniaga, mengurangkan sampah sarap dirumah, ada pendapatan walaupun tiada kemahiran, dan menjaga bumi Allah dengan sebaiknya. Itulah perkara-perkara bernilai sebenarnya untuk kami.
Oh, selain menjual barang kitar semula saya dan suami juga menjual burger untuk sarapan pagi di office. Mesti aneh bukan menjual burger untuk sarapan? Memang itu kami lakukan dan hasilnya berbaloi. Bukan keuntungan kami kejar tapi cukuplah kepuasan pelanggan yang membelinya. Kami masak burger di dalam rumah sahaja suami masak burger saya bantu meletakkan sayuran dan sos dan membungkusnya. Wallahualam.
Comments
Post a Comment