Bila duduk jabatan kerajaan ni memang kebiasaannya tetiap masa ada je pertukaran pegawai ke jabatan lain. Tu kira normal lah nak tak nak tak boleh tidak korang kene akur juga dengan arahan kerajaan. Takkan lah dari awal korang masuk sampai bersara nak duduk jabatan sama je kan nanti tak berkembang pula kerjaya korang. Jadi seperti biasa akan ada drama air mata dari staf perempuan bila pegawai favourite mereka keluar (paling aku nampak kalau pegawai lelaki berpindah). If korang nak jadi favourite staf jabatan sebenarnya tak susah pun. 10 Tips Menjadi Pegawai Favourite Jaga imej dan penampilan :Tips pertama korang kalau baru dipindahkan atau kene posting kat jabatan tersebut, tak payah nak tunjuk berlagak jangan tunjuk muka masam mencuka je. Jika tidak tahu kat pintu mana nak masuk jumpa sesiapa tegur lah minta tunjuk arah. Walau korang mungkin pernah masuk ke tempat tu tapi cuba lah buat-buat tanya kat orang sekitar situ. Bagi senyuman paling menawan yang ko...
Menjadi contoh tauladan kepada semua