Bila duduk jabatan kerajaan ni memang kebiasaannya tetiap masa ada je pertukaran pegawai ke jabatan lain. Tu kira normal lah nak tak nak tak boleh tidak korang kene akur juga dengan arahan kerajaan. Takkan lah dari awal korang masuk sampai bersara nak duduk jabatan sama je kan nanti tak berkembang pula kerjaya korang.
Jadi seperti biasa akan ada drama air mata dari staf perempuan bila pegawai favourite mereka keluar (paling aku nampak kalau pegawai lelaki berpindah). If korang nak jadi favourite staf jabatan sebenarnya tak susah pun.
10 Tips Menjadi Pegawai Favourite
- Jaga imej dan penampilan :Tips pertama korang kalau baru dipindahkan atau kene posting kat jabatan tersebut, tak payah nak tunjuk berlagak jangan tunjuk muka masam mencuka je. Jika tidak tahu kat pintu mana nak masuk jumpa sesiapa tegur lah minta tunjuk arah. Walau korang mungkin pernah masuk ke tempat tu tapi cuba lah buat-buat tanya kat orang sekitar situ. Bagi senyuman paling menawan yang korang ada. Tapi sehari sebelum masuk jabatan baru tu kene rajin berdoa, lapangkan dada dan tinggalkan masalah yang korang ada dengan minta ampun dengan Allah swt. Esoknya, korang mesti semangat bangun pagi bawa aura yang positif untuk duduk kat jabatan baru dan bawa fikiran yang positif walau kekadang korang mesti rasa tak suka duduk jabatan yang korang kene transfer. Awal masuk jabatan baru juga, tunjukkan penampilan korang paling cantik, kemas dan handsome. Baru lah orang ternanti-nanti kehadiran korang kat jabatan mereka.
- Perwatakan diri yang menarik: Tips kedua korang kene tunjukkan kesungguhan korang dalam bekerja. Tak perlu nak serius sngt dengan staf. Kalau boleh berlawak sekali sekala okey dan tunjukkan komitmen korang sepanjang tugas diberikan. Tak payah tunjuk garang pun, jaga kata-kata jangan sampai mengguris perasaan. Korang siapa nak tunjuk diktator. Hebat sangat ke jawatan dan kuasa yang korang ada tu. Korang pun sama dibayar gaji juga bukan korang yang menggaji kan staf korang. Staf ni lebih senang bekerja dengan orang yang baik dan bijak berbanding orang jahat yang tak sedar diri. Ingat!semua orang datang memang untuk bekerja tak kira lah siapa orang tu dan apa sejarah dan latar belakang orang tu. Ini sumber rezeki mestilah masing-masing nak cari rezeki yang berkat. Kalau tak jawablah kat akhirat. Harap cepat sedar diri sebelum terlambat.
- Tonjolkan kematangan diri : Staf tak suka korang asyik nak tersengih macam kerang busuk je memanjang. Kalau boleh tunjukkan juga kematangan korang jangan jadi macam budak2 sangat. Senyum dan sengih dua benda yang berbeza okey.
- Pemurah hati: Korang pun jangan kedekut sangat dengan staf, sekali-sekala bagi lah ole-ole atau buah tangan kat staf korang. Kalau ada staf yang jual apa-apa support lah ckit. Tapi ikutkan dalam kita bekerja ni tak boleh meniaga. huhuhu..tp kalau korang rasa ada keperluan, beli lah kalau tak perlu nak beli tak perlu nak beli nanti nampak pulak korang menggalakkan staf meniaga dalam waktu bekerja.
- Sentiasa membuat perjumpaan: Ni tips penting, biasanya bila korang jadi pegawai kan mestilah bawah korang ada beberapa staf kan. Sekali-sekala atau buat jadual sebulan sekali mesti buat meeting dalaman dengan unit korang. Bukan apa, masa ni lah kita boleh eratkan ukhuwah sesama staf. Meeting yang korang buat tu mestilah ada format, semua staf boleh bentang dan update kerja masing-masing, jika ada masalah boleh selesaikan sesama. Dekat sini baru nampak kepimpinan korang. Dalam meeting juga boleh lah korang selitkan teguran dan nasihat yang memberangsangkan kat staf korang. Korang pun mestilah banyak ilmu-ilmu yang tersimpan di dada supaya dapat relate kan tujuan bekerja untuk apa dan tunjukkan vission korang kat staf. Jangan marah staf depan khalayak ramai. Kawal emosi korang dalam mesyuarat. Kalau ada perkara yang korang nak tegur staf ajak bincang dalam bilik jangan sampai mengaibkan mereka. Ingat! kita ni semua manusia ada hati dan perasaan.
- Berlaku adil dan bertimbang rasa: Jangan manjakan staf. Just berlaku adil je dengan mereka semua. Kita nak nampakkan bekerja sebagai satu team/ pasukan. Macam satu pasukan bola sepak, setiap pemain ada tugas masing-masing. Setiap pekerja yang dilantik mesti ada tugas dan peranan masing-masing. Jangan lebihkan kaki kipas, kaki kuat drama kat pejabat, kuat merajuk atau sebagainya. Ingat, kita semua dibayar gaji ikut tugas yang kita perlu laksanakan. Tak semua staf kaki kipas, ramai je yang buat kerja sebagaimana arahan. Jadi sebagai seorang pegawai bertimbang rasa lah kat staf bawahan korang jangan berat-sebelah pula layanan korang kat mereka.
- Menjadi pendengar setia: Biasanya kan ada staf yang datang kat korang jaja lah cerita pasal pegawai atas atau staf lain yang diorang tak suka. Korang kalau boleh dengar je lah tapi jangan sampai menokok tambah perasa apa bagai. Kita kan orang Islam tak boleh ngumpat, mengeji atau mencaci. Tapi jangan lah terus kunci cerita mereka. Mungkin mereka datang untuk meluahkan, mendapatkan kata-kata membina serta sokongan dari korang sebagai seorang pegawai. Dalam hal ini, korang tunjuk je lah tauladan yang baik dan bagi kata memberangsangkan kat staf korang supaya banyakkan bersabar dan terus kuat melaksanakan kerja. Biasa lah mulut orang macam mulut tempayan juga susah nak tutup.
- Sentiasa tenang dan ceria: Jadi lah pegawai yang sentiasa cool, biasalah kekadang ada arahan-arahan mengejut ni dari pihak atasan. Firstly, korang jangan gabra, rileks dan tenang je. Kalau dari awal-awal masuk kerja korang dah susun kerja cantik-cantik memang tak perlu nak gabra pun. Sebab tu lah korang kene merancang kerja secara sistematik, kerja sentiasa update, susun kemas cantik-cantik fail kerja korang. Korang kan ada kerani biasanya yang kerja susun fail ni kan kerani korang. Jadi, sentiasa ingatkan mereka supaya sentiasa kemas-kini dan rekodkan fail agar tersusun. Bila korang jenis gabra, nanti semua orang pun buat kerja huru-hara punca sebab korang yang jenis gabra. Kalau boleh, korang jangan jadi orang yang suka tangguh-tangguh buat kerja. Jadi lah seorang pegawai yang cekap dan efisyen setiap masa.
- Mengambil berat dengan kebajikan kakitangan bawahan: Lagi apa ye? Apa yang penting korang mestilah rajin layan staf. Rajin tanya khabar dan pergi ke meja2 diorg sekali-sekala. Kalau duduk dalam bilik je orang takut nak masuk bilik korang. If ada apa2 event kat pejabat tu korang involve je lah tunjukkan muka takyah tunjuk bossy sngt.
- Jadi diri sendiri dan bukan hipokrit: Last but not least jadi je lah diri korang sendiri takyah nak terikut-ikut orang lain. Tapi pastikan perkara2 yang aku tulis kat atas tu korang follow.
Jadi kesimpulannya, dari awal korang kerja sebagai seorang pegawai kerajaan jagalah nama korang sebaiknya. Sebenarnya penting, sebelum masuk kerja gomen korang cari lah pengalaman kerja di sektor swasta dulu. Memang banyak beza kerja sektor goverment dan swasta. Orang kerja swasta ni motivasi diorang lebih tinggi berbanding swasta. Orang kerja swasta lebih berdisplin dan struktur organisasi swasta lebih tersusun rapi berbanding goverment.
Maaf nak cakap, bila aku masuk kerja gomen sakit mata aku tengok fail-fail yang bertimbun dan tak tersusun, tak upadte apa bagai. Pegawai masuk kerja pun macam blur je tak tahu nak buat apa. Tugas dan peranan pegawai adalah sebagai seorang pemimpin. Tapi ciri-ciri kepimpinan tu takda pada mereka.
Tugas dan peranan pegawai juga perlu merancang dan perlu banyak memikir. Tapi sayang sungguh sedikit jumlah mereka untuk berfikir dan cara kerja lebih mengarah sahaja tanpa arahan yang jelas. Jadi, tepuklah dada, kita bekerja untuk tujuan apa sebab nak kuasa, harta, pangkat, wanita atau tanggunjawab? Jangan memain tau kat akhirat nanti semua ni akan ditanya.
Ingat korang akan bekerja sampai umur 60 tahun, kalau nama korang dah tak cantik awal masuk kerja memang selamanya memang tak cantik. Ramai orang yang hebat-hebat akan pergi meninggalkan jabatan sama ada mohon pindah, bersara atau resign. Jadilah pegawai yang hadirnya orang nanti-nantikan dan perginya orang tangisi. Dekat sini boleh menilai korang ni jenis pegawai yang favourite atau sebaliknya. Baik sangat pun berpada-pada jahat sangat pun jangan sekali.

Comments
Post a Comment