Bagi umat Islam yang telah memasang impian untuk mengerjakan ibadah umrah dalam waktu yang terdekat ini, adalah penting untuk membuat persediaan yang rapi khususnya pada ibadah, ilmu dan barang kelengkapan. Jika ini kali pertama anda menunaikan ibadah umrah mesti terpikir-pikir apa perkara yang perlu dilakukan sebagai persediaan untuk ke sana. Contoh macam orang ambil peperiksaan SPM, mesti ada ujian dan latihan yang perlu dibuat sebagai persediaan untuk menjawab soalan-soalan semasa exam nanti.
Macam itu juga orang yang nak buat ibadah umrah, mesti kene tahu kan apa yang perlu kita perlu buat sebelum ke sana. Risau pula kalau tiba hari untuk pergi ke sana tapi kita tak buat persediaan untuk diri sendiri asyik fikirkan benda yang tak settle sahaja. Kalau boleh selesaikan dulu perkara-perkara yang penting dulu supaya kita dapat fokus pada ibadah umrah serta mendapat umrah yang mabrur. Jadi, hari ini kami akan kongsikan tips perancangan sebelum berangkat menunaikan umrah. Memang berguna tips ni!
Sumber: GoogleTIPS MEMBUAT PERANCANGAN SEBELUM BERANGKAT MENUNAIKAN UMRAH
1. TETAPKAN TARIKH UNTUK MENUNAIKAN IBADAH UMRAH
Pastikan sebelum merancang untuk menunaikan ibadah umrah, tetapkan dahulu tarikh yang sesuai agar tidak bertindih dengan tarikh-tarikh penting contoh musim haji, majlis perkahwinan anak, musim peperiksaan, konvokesyen, tarikh temuduga atau sebagainya. Namun begitu, menunaikan ibadah umrah dan juga berpuasa Ramadhan di Tanah Suci amat besar ganjaran pahalanya. Malah ada hadis Nabi S.A.W yang menyatakan:'' Sesiapa yang melakukan Umrah dalam bulan Ramadhan seolah-olah mereka mengerjakan Haji bersama-sama denganku.''Buat Umrah menyamai ganjaran pahala Haji.
Oleh itu, secara afdhalnya pilihlah tarikh buat Umrah semasa bulan Ramadhan tetapi tiada masalah buat time bulan apa-apa pun yang penting bukan musim haji. Untuk makluman anda semua juga, di Makkah dan Madinah ada musim sejuk juga. Kebiasaannya suhu di Mekah dan Madinah akan menjadi lebih sejuk di bulan Januari hingga ke Mac iaitu waktu malam suhunya boleh jatuh 12 darjah celcius dan waktu siang pula sekitar 28 darjah celcius. Jadi, pilih masa yang sesuai agar kita dapat membuat persediaan yang rapi untuk membawa baju yang tebal jika pilih tarikh semasa musim sejuk.
2. PILIH PAKEJ UMRAH YANG SESUAI
Memang tidak dinafikan, mencari tawaran pakej umrah terbaik ini boleh menjadi sangat mencabar kerana banyak faktor-faktor yang perlu diberi perhatian dan dipertimbangkan. Secara amnya, terdapat dua cara untuk anda menunaikan ibadah Umrah ini. Pertama anda boleh menunaikan ibadah umrah dengan membuat perancangan sendiri tanpa bantuan agensi (Umrah DIY) atau mendapatkan perkhidmatan agensi dan menunaikan ibadah ini secara berkumpulan dengan jemaah yang lain. Walau bagaimanapun, bagi anda yang pertama kali menunaikan ibadah umrah, disarankan untuk mendapatkan perkhidmatan agensi berbanding DIY. Ini bagi memastikan perjalanan Umrah berjalan dengan lebih lancar.
Di Malaysia, banyak agensi yang boleh membantu memenuhi hasrat anda untuk menunaikan Umrah. Paling penting buat perancangan lebih awal sekurang-kurangnya enam hingga 12 bulan sebelum anda menunaikan Umrah. Tempoh masa ini membolehkan anda membuat perancangan lebih rapi berdasarkan bajet anda. Perkara-perkara yang perlu dikenalpasti memilih agensi adalah servis-servis yang ditawarkan seperti berikut:
I. Urusan visa Umrah
II. Urusan penerbangan untuk pergi dan balik
III. Jadual perjalanan semasa melaksanakan Umrah
IV. Pengangkutan dan logistik
V. Itinerari
VI. Kursus Umrah
VII. Perkongsian ilmu atau pembelajaran sepanjang perjalanan.
Perlu juga diingatkan, jangan mudah terpengaruh dengan pakej-pakej Umrah yang ditawarkan pada harga murah yang tidak masuk akal. Besar kemungkinan ia merupakan penipuan. Pilihlah pakej berdasarkan keperluan dan elakkan ambil pakej yang anda tidak perlu. Pada kebiasaannya, perjalanan umrah akan mengambil masa sekitar 10 hari hingga 12 hari. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan salinan jadual perjalanan supaya anda boleh merancang perjalanan anda dan mengetahui tempat-tempat yang bakal anda kunjungi. Paling penting kene ingat kita pergi Makkah dan Madinah untuk tujuan ibadah umrah bukan melancong tau.
3. PERSEDIAAN DIRI: PERSIAPAN ILMU AGAMA SEBELUM MENUNAIKAN UMRAH
Ibadah Umrah/Haji merupakan ibadah yang wajib dilaksanakan oleh setiap orang Islam yang mampu sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Pastikan anda membuat persiapan yang rapi sebelum berangkat ke sana. Paling penting niat kita menunaikan ibadah umrah. Setiap amalan akan dinilai Allah berdasarkan niat. Justeru itu, anda perlu sentiasa memperbaharui niat iaitu melaksanakan ibadah Umrah adalah hanya kerana Allah SWT bukan disebabkan tujuan lain. Sentiasa jaga hati masing-masing supaya dijauhkan sifat riak atau menunjuk kerana merasakan diri lebih baik daripada orang lain.
Persiapan ilmu sangat penting untuk para jemaah supaya ketika melaksanakan Umrah anda lebih yakin dan tahu serta faham setiap rukun yang akan dilakukan. Jadi, rajin-rajinlah anda membaca buku berkaitan ibadah umrah, merujuk ustaz atau ustazah yang boleh dipercayai dan membetulkan bacaan-bacaan Al-Quran dan sentaisa solat di awal waktu serta berjemaah di masjid.
Tips yang sangat berguna juga yang kami boleh kongsikan di sini ialah banyakkan membaca sirah nabi Muhammad SAW dan para sahabat dalam memperjuangkan Agama Allah. Boleh juga dengar ceramah ustaz di YouTube berkenaan sirah nabi yang tentunya banyak menyentuh jiwa dan semakin cintanya kita kepada Allah dan Rasulullah SAW. Bila sampai di sana mesti kita akan banyak menangis dalam doa menunjukkan bertapa kerdilnya kita di sisi Allah SWT yang Maha Agong.
Selain itu, dekat sana nanti setiap kali solat fardhu mesti ada solat jenazah jadi rajin-rajinkan membaca doa-doa penting dalam solat jenazah. Solat jenazah ini ada 4 takbir takde rukuk dan sujud. Setiap takbir ada surah dan doa-doa yang perlu dibaca. Banyak keberkatannya kita solat jenazah jadi kalau boleh jangan tinggalkan sepanjang mengerjakan ibadah umrah.
4. PERSEDIAAN DIRI: DUIT BELANJA DAN BARANG KEPERLUAN UMRAH
Sebelum pergi mengerjakan ibadah umrah adalah penting menyediakan kelengkapan diri sepanjang berada di sana. Jika boleh, bawa barang kelengkapan sendiri semua dari rumah kerana harga barang di sana agak mahal. Jika anda menukar duit Malaysia sebanyak RM 1000 kepada matawang Arab Saudi Riyal jumlah semasa yang anda terima adalah sebanyak SAR 793.65, banyak beza bukan? Jika boleh dekat sana duit belanja yang kita bawa tu lagi baik banyakkan bersedekah berbanding shopping. Nilai pahala dan ganjarannya sangat banyak. Jika boleh duit yang kita bawa tu asing-asingkan dulu mana yang nak sedekah dan belanja untuk bawa balik ke tanah air sebagai ole-ole untuk keluarga dan saudara-mara. Banyak kaedah untuk sedekah antaranya sedekah dekat pekerja kebersihan, wakaf Al-Quran, wakaf kerusi masjid, sedekah makanan dekat manusia dan kucing.
Sebelum nak tentukan apa pakaian dan barang keperluan yang hendak dibawa dapatkan dulu senarai checklist lengkap yang ada disediakan di internet. Kalau tidak pun pergi ke kedai yang menjual pakaian umrah dan haji dapatkan checklist di kedai tersebut baru rancang apa barang yang hendak dibeli. Elakkan beri barang keperluan yang tidak perlu contohnya macam beg bagasi. Kebiasaannya beg bagasi telah masuk dalam pakej umrah senang nanti ejen travel yang kita lantik untuk aturkan beg kita sepanjang kita berada di Makkah dan Madinah. Satu lagi kain ihram untuk lelaki tak perlu beli banyak2 sebab kain ihram ni agak tebal. kebiasaannya dalam pakej dah sediakan sepasang kain ihram. Tapi kami syorkan untuk lelaki bawa maksimum 2 pasang kain ihram sebab sekarang ni selepas PKP kerajaan arab saudi telah mewajibkan orang lelaki untuk pakai kain ihram jika masuk dalam dataran kawasan kaabah. Jika tak pakai kain ihram tidak boleh masuk dan perlu solat atau tawaf di dalam masjid. Jadi kain ihram boleh berganti-ganti kat sana. Untuk kaum perempuan tidak jadi masalah sebab jubah boleh pakai dengan kain telekung, jadi bawa lah sekadar yang perlu maksimum 5 helai jubah dan tiada masalah untuk pakai jubah warna apa sahaja semasa masuk ke dataran kaabah janji menutup aurat dengan sempurna.
5. SEDIAKAN JADUAL HARIAN SEMASA DI MADINAH DAN MAKKAH
Sebelum berangkat ke Makkah dan Madinah mesti kita perlu tahu dulu apa ibadah-ibadah khusus yang perlu kita buat sepanjang berada di sana. Justeru itu, buatlah jadual harian anda sendiri sepanjang berada di sana selain merujuk itinerari yang disediakan oleh travel agent. Kebiasaannya dalam ittinerari memang agensi yang dilantik menawarkan lawatan ke tempat-tempat yang akan dilawati dan bila masa kita akan berada di Makkah (untuk tunaikan umrah wajib) dan Madinah (untuk ziarah raudah). Ini tips penting sebulan sebelum anda pergi menunaikan umrah, sila install apps Nusuk dalam handphone anda untuk daftar masuk Raudah. Kebiasaanya pihak Kementerian Arab Saudi akan buka slot masuk Raudah dalam Pukul 12 tengahari waktu tempatan (waktu Malaysia 5.00 petang) setiap hari dalam tempoh 1 hingga 2 minit. Jadi, anda jangan tunggu waktu berada di Madinah baharu nak daftar masuk Raudah sebab memang agak susah untuk daftar masuk kerana orang terlalu ramai kat sana. Tidak semestinya sehari anda buka apss tersebut boleh daftar masuk terus. Jika bernasib baik tentu senang untuk tempah slot masuk. Jadi rajin-rajinlah bukak apss tersebut setiap pukul 5.00 petang.
Selain itu, sebelum kita berangkat mengerjakan umrah rajin-rajin bangun qiamulail setiap hari supaya menjadi kelaziman dan kebiasaan diri kita untuk membuat ibadah sunat sebelum subuh. Sebab itu, persediaan rapi diri kita sangat penting supaya mendapat umrah yang mabrur bila kita balik ke tanah air nanti. Insha Allah, masih belum terlambat untuk anda buat persediaan diri dan jangan tangguh-tangguh bila anda rasa sudah cukup bersedia untuk buat ibadah umrah.
Di sini kami kongsikan jadual ibadah harian sepanjang berada di Makkah dan Madinah.
Sumber: Facebook (UmrahGoOfficial)6. SEDIAKAN SKRIP DOA
Menjadi kelaziman untuk diri kita supaya sentiasa berdoa kepada Allah SWT. Erti sebenar doa adalah permintaan, permohonan atau rayuan seseorang kepada Allah SWT yang diucapkan dengan penuh keikhlasan, kerendahan hati dan bersungguh-sungguh terhadap apa yang dimohon. Semasa kita berada di Makkah dan Madinah ada 8 yang mustajab untuk kita berdoa iaitu:
1. Multazam
Multazam, tempat atau jarak antara sudut Hajar Aswad dan pintu Kaabah. Multazam merupakan tempat paling utama. Cucurkanlah air mata & memohon ampunan kepada Allah SWT. Jika memungkinkan, pegang pintu Kaabah. Mohon kebaikan dan kesejahteraan di dunia & akhirat.
Di bawah Mizab (Pancuran Kaabah). Talang air ini
terletak di arah Hijir Ismail. Pancuran ini belum ada di zaman Nabi Ibrahim as.
Talang ini dibuat suku Quraisy bersamaan dengan dibuatnya atap Kaabah. Di
bagian depannya tertulis lafal Bismillahi ar-Rahman ar-Rahim, sedangkan pada
sisi kirinya tertulis kalimat dalam bahasa Arab yang bererti “talang ini
diperbaharui pelayan dua tanah suci, Fahd bin Abdul aziz Al Sa’ud, Raja Arab
Saudi”.
Jemaah haji atau umrah biasanya menyempatkan diri berlama-lama berdoa di sini.
Rukun Yamani dan Hajar Aswad (Makkah) Rukun adalah
tiang, yakni 4 sudut Kakbah yang diberi nama Rukun Aswad, Rukun Iraqi, Rukun
Syami, dan Rukun Yamani.
Rukun Aswad dikenal dengan Hajar Aswad merupakan
posisi “batu hitam” yang menurut sebagian riwayat adalah batu dari yang
tergantung setinggi 1.5 meter dari atas tanah.
Saat Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail mendapat perintah dari Allah untuk meninggikan asas Kaabah, Hajar Aswad dijadikan salah satu asasnya.
Sukar untuk masuk ke dalam Kaabah ,Namun Rasullah SAW pernah membawa Aisyah ra ke Hijir Ismail saat Aisyah meminta izin solat di dalam Kaabah. Saat itu, Rasullah SAW bersabda, “ Solatlah di sini kalau ingin solat di dalam Kaabah, karena ini termasuk bagian dari Kaabah”.
Saie adalah berjalan sebanyak 7 kali putaran antara bukit Safa dan Marwah. Prosesnya dilakukan setelah tawaf dimulai dari bukit Safa dan diakhiri di bukit Marwah. Tidak ada bacaan wajib. Namun disarankan berdoa sesuai kemampuan, dan beristigfar.
Di belakang Makam Ibrahim. Jika berhaji atau umrah, sesudah melaksanakan tawaf tujuh pusingan dan berdoa sejenak di Multazam, umat Islam disunatkan solat di belakang makam Ibrahim. Makam Ibrahim sendiri lokasinya masih di dekat Kaabah, tidak jauh dari Multazam.
Muzdalifah, kawasan antara Mina dan Arafah. Lokasinya sekitar 10 km dari Makkah. Muzdalifah panjangnya kurang dari 4 km, berada pada satu wilayah sempit antara dua gunung yang berdekatan setelah Arafah. Mina, kawasan berbukit panjangnya 3-5 km, letaknya antara Mekah dan Muzdalifah. Jaraknya dari Mekah sekitar 7 km.
Di Masjid Nabawi terdapat Raudah yaitu tempat
antara mimbar dan kediaman Rasulullah Muhammad SAW semasa beliau hidup yang
menjadi salah satu tempat istimewa bagi masyarakat muslim. Doa yang dipanjatkan
di Raudhah akan dikabulkan Allah SWT. Untuk mencapai Raudah yang menjadi
dambaan umat Islam harus berebut sebelum masuk ke tempat itu untuk shalat,
berzikir, berdoa dan membaca Al Qur’an.
Jadi, bila kita berpeluang pergi ke tempat-tempat mustajab ini, berdoa lah apa sahaja sampai kita tak tahu dah nak doa apa. Saya syorkan buatlah skrip doa anda sendiri jika ada keluarga atau kawan-kawan kirim doa, bacakan lah doa untuk mereka juga. Semoga apa sahaja doa dan segala hajat yang diminta akan dimakbulkan oleh Allah SWT satu persatu atau sekaligus.
Semasa kita berada di Makkah dan Madinah sewaktu mengerjakan ibadah umrah jangan tinggal doa ini.
'Ya Allah terima lah segala amal ibadah kami sepanjang berada di Makkah dan Madinah, jangan biarkan ini ziarah kami yang terakhir di sini, jemputlah kami untuk ziarah ke sini lagi dalam keadaan yang sihat dan selesa. Jika ini ziarah kami yang terakhir, kami mohon kepadamu Ya Allah ampunkan segala dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan masukkan lah kami ke dalam syurga firdaus''.
7. BERHIJRAH MENJADI SEORANG YANG LEBIH BAIK
Ada orang yang sihat tubuh badan, cukup duit dan masa masih belum terbuka hati lagi untuk melaksanakan ibadah umrah mungkin sebab mereka tidak terlintas langsung nak buat ibadah atau belum bersedia lagi dari segi spritual. Wallahualam bissawab.. semoga Allah membuka pintu hidayah bagi mereka yang mencari hidayah Allah. Bila kita dah ada niat untuk berubah kepada kebaikan, Insha Allah mesti Allah akan lorongkan kebaikan untuk diri kita. Salah satunya Allah akan menjemput kita menjadi Duyufurrahman dalam keadaan yang kita tidak sangka-sangka. Mudah sahaja bagi Allah cuma kita sahaja perlu sentiasa dekat dengan Nya. Doa lah bersungguh-sungguh, jadi lah tauladan yang baik dan memberi manfaat kepada semua makhluk.


Comments
Post a Comment