Skip to main content

PETUA SUPAYA SENTIASA MAHU MENUNAIKAN IBADAH SOLAT

 

"Nak betulkan hidup? Betulkan dulu solatmu. Perhatikan bagaimana bacaan, tertib dan pergerakanmu ketika solat."Hari ini ramai yang solat dalam kelam-kabut. Nak cepat selesai. Itu yang hidup pun boleh jadi kelam kabut juga."Bukan semua orang, kebanyakan sahaja begitu”.

Ingatlah, ALLAH SWT pernah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 238 yang bermaksud"Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk."

Benar kerja dan tanggungjawab yang digalas itu perlu dilaksanakan sebaiknya, namun janganlah hingga mengabaikan kualiti solat serta ibadah yang ditunaikan.Kedua-duanya perlu diseimbangkan agar kehidupan lebih diberkati dan diredai ALLAH SWT. 

Hikmah Melaksanakan Ibadah Solat

Ibadah solat mengandungi berbagai aneka hikmah yang tersembunyi, bermacam-macam rahsia, didikan, dan asuhan yang amat luhur dan murni terhadap orang yang melaksanakannya serta banyak pula faedah dan tujuannya. Antara hikmah-hikmah tersebut ialah:

1.     Mengingati Allah (Zikrullah)

Firman Allah dalam surah Toha ayat ke 14 yang bermaksud:”Dan dirikan sembahyang untuk mengingatiku”

2.     Menjadi penghalang dari melakukan perkara-perkara buruk dan keji

Firman Allah dalam surah Al-Ankabut  ayat ke 45 yang bermaksud: “Dan dirikanlah sembahyang . Sesungguhnya sembahyang itu mencegahkan dari angkara keji dan perbuatan durjana; dan sesungguhnya mengingati Allah itu adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya). Dan (ingatlah) Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan”.

3.     Sembahyang akan melahirkan ketenangan jiwa, ketenteraman fikiran, hati yang tabah, damai lagi pemurah.

Firman Allah dalam surah Ma’arij  ayat ke 19-23 yang bermaksud:” Sesungguhnya manusia itu diciptakan bertabiat keluh kesah (lagi kikir): apabila dia ditimpa kesusahan, dia sangat berkeluh-kesah, dan apabila dia beroleh kesenangan, dia amat kikir, kecuali orang-orang yang bersembahyang, yang adalah mereka itu terus berkekalan melaksanakan sembahyang mereka itu”.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Dijadikan penyenang mata (hati)ku dalam sembahyang” (Hadith Riwayat Ahmad, An-Nasai, Al-Hakim dan Al-Baihaqi daripada Anas bin Malik)

4.     Menjaga kebersihan iaitu sebelum melaksanakan ibadah solat kita perlu mengambil wuduk dan bersugi serta memakai pakaian solat yang bersih serta solat ditempat yang bersih. Kita juga disunatkan memakai wangi-wangian  sebelum memulakan ibadah.

5.     Menjaga Kesihatan kerana semasa kita melaksanakan ibadah solat terdapat beberapa perbuatan dan pergerakkan yang perlu kita lakukan seperti berdiri tegak, rukuk, duduk antara dua sujud, duduk takhiyat akhir dan sujud. Pergerakan ini dapat melancarkan perjalanan darah serta merenggangkan urat saraf.

6.     Melatih diri supaya berdisplin dan mengikut peraturan melalui penjagaan masa dan waktu solat, berbaris dalam sof serta kewajipan mengikut imam apabila solat secara berjemaah.

7.     Melalui solat berjemaah, dapat menanamkan sifat bersatu padu, Kerjasama dan mahabbah. Maka, ini akan melahirkan Masyarakat yang kuat, maju, bahagia dan damai.

8.     Dalam solat berjemaah juga, makmum perlu mengikuti imam, jika imam tersilap atau terlupa dengan sesuatu bacaan, makmum boleh menegur imam tersebut. Dalam hal ini, solat juga mengajar rakyat supaya mentaati pemimpin atau ketua selagi ianya tidak bertentangan dengan syariat Islam. Jika pemimpin melakukan kesilapan rakyat juga perlu menegur pemimpin tersebut dan pemimpin juga perlu menerima teguran daripada rakyat bagi mengelakkan pemimpin tersebut bersifat diktator atau kuku besi.

9.     Sembahyang adalah tanda kesyukuran dan tanda keimanan kepada Allah.


Petua Supaya Sentiasa Mahu Menunaikan Solat

Sebagai usaha agar kita sentiasa mahu menunaikan solat, maka petua-petua berikut hendaklah sentiasa diingati dalam hati sanubari. Insha Allah kita akan tergolong daripada kalangan orang yang cinta untuk mengerjakan ibadah solat. Antara petua-petua tersebut ialah:

  1. Sentiasa semaikan kesedaran diri bahawa solat adalah kewajipan yang mesti ditunaikan oleh setiap orang mukallaf (orang yang telah dianggap mampu bertindak hukum, baik yang berhubungan dengan perintah Allah SWT maupun dengan larangannya). Ia adalah rukun Islam kedua selepas mengucap dua kalimah syahadah.
  2. Tanamkan rasa cinta kasih kepada ‘ ibadah solat dengan merasakan betapa quddusnya ibadat ini, dan betapa besar pula  faedah dan manfaatnya kepada jasmani, rohani, kesihatan, kebersihan zahir dan batin dan lebih berkesannya jika ibadat ini difahami.
  3. Dengan ibadah solat lah diberikan waktu untuk mengadap Allah, mensyukuri nikmat yang diberikan, memohon doa serta meluahkan segala rasa yang terbuku di hati. Justeru itu, dalam waktu senang atau susah lebih banyaklah kita meluah kepada Allah SWT iaitu dalam 5 waktu solat yang diwajibkan kepada kita setiap hari.
  4. Ingatlah! Orang yang tidak bersembahyang terletak antara kufur dan berdosa besar.
  5. Ingatlah! Orang yang tidak bersembahyang adalah seorang penderhaka kepada Tuhan yang menciptakannya.
  6. Perbanyakkanlah doa kepada Allah dan bermohon setiap waktu untuk mendapat Taufiq dan ‘inayahNya’. Doa agar kita mendapat solat yang khusyuq serta mengamalkan doa Nabi Ibrahim sepertimana dalam Surah Ibrahim ayat ke 40-41 yang bermaksud: Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang, dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami! Perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah keampunan kepadaku, dan kepada kedua ibu bapaku serta kepada orang-orang yang beriman pada hari berlakunya Hisab”.

Apakah ilmu yang utama berkaitan dengan ibadah solat?

Setiap orang yang mahu menunaikan solat adalah wajib mempelajari empat ilmu yang telah menjadi fardhu ain, Dimana dia tidak boleh mewakili kepada orang lain untuk mempelajari bagi pihak dirinya. Ilmu-ilmu tersebut ialah:

1.     Ilmu tauhid 

Seseorang yang mempunyai ilmu tauhid benar-benar mengenali sifat-sifat Allah. Justeru itu, dia menunaikan solatnya dengan penuh cinta, kasih, penuh rela dan bertapa nikmat sekali. Malahan dia merasa tidak cukup dengan solat fardhu sahaja, lalu dia menambahkan lagi dengan mengerjakan solat sunat. Selain itu, dia merasakan dengan penuh kesedaran tanpa alpa bahawa segala perbuatan, segala bacaan dan semua gerak-geri serta lintasan hati dalam solatnya sedang disaksikan, dilihat,diperhatikan, didengari dan diketahui oleh Allah yang Maha Esa, Maha Mengetahui, Maha Melihat dan Maha Mendengar. Dengan itu, dia mengerjakan solatnya dengansebaik-baiknya, penuh khusyuk dan hadir hati dengan Allah Taa’la.

Adapun orang yang kurang ma’rifatnya dengan Allah, maka dia hanya solat pada zahirnya Sahaja tetapi pada hakikat batinnya dia sedang bermain wayang.

2.     Ilmu fikah

Seseorang dapat mengetahui hukum hakam yang berkaitan dengan ibadat solatnya. Dengan itu, dapatlah dia menunaikan solatnya dengan sempurna, betul dan sah.

3.     Ilmu Tasawuf

Dengan ilmu Tasawuf, sesorang dapat menghindarkan keburukan hati yang bernajis dengan riak, ujub, hasad dengki, dan lain-lain sifat keji yang akan merosakkan segala pahala solatnya.

4.     Ilmu tajwid

Dengan ilmu tajwid, sesorang dapat membaca bacaan solatnya dengan betul dan baik dari segi sebutan huruf, makhrajnya, Panjang dan pendek serta lain-lain lagi.

Ilmu yang menjadi pelengkap kepada ibadah solat ialah Ilmu Bahasa Arab. Jika sesorang mengetahui Bahasa Arab, seseorang akan dapat memahami segala makna dan maksud bacaan-bacaan solatnya. Hal itu akan membawakannya kepada penghayatan dan kekhusyukkan bagi orang yang beribadah. Dengan itu, solatnya akan menjadi pelengkap dan sempurna. Insha Allah. Allah berfirman dalam surah Al-Ankabut ayat ke 69:

Maksudnya: Dan orang-orang yang berseungguh-sungguh pada (jalan) Kami, sesungguhnya Kami akan menghidayahkan mereka ke jalan-jalan Kami, dan Allah sesungguhnya beserta orang-orang yang berusaha memperbaiki ‘amalannya’.

 

TEPUK DADA TANYA IMAN

NAK SERIBU DAYA TAKNAK SERIBU DALIH

WALLAHULAM BISSAWAB

Comments

Popular posts from this blog

AMARAN : Jangan Menggunakan Telefon Bimbit dalam Waktu Gelap

Dr Justice Arthur, seorang pegawai perubatan di Hospital Cape Coast (Bakkano) telah mengatakan bahawa apabila lampu dimatikan pada waktu malam, seseorang dilarang melihat telefon bimbit! (Telefon pintar) Kesan Melihat telefon bimbit dalam waktu gelap akan menyebabkan mata jadi buat Biasanya menggunakan telefon bimbit sebelum tidur di waktu gelap boleh membawa kepada masalah mata yang serius. Baru-baru ini, peningkatan bilangan pesakit berusia 30-40 tahun mendapatkan  rawatan perubatan kerana berpunca daripada menggunakan telefon bimbit dalam waktu yang gelap. Profesor Li Li, pengarah Hospital Ophthalmology SGH Singapura, berkata: "30 minit silau mata akan menyebabkan degenerasi makular mata yang tidak dapat dipulihkan yang membawa kepada kemerosotan penglihatan yang pantas. Contract maculopathy (kanser mata) bermaksud menunggu penglihatan kerana ubat moden tidak dapat dirawat, apalagi menyembuhkannya. Telefon yang tinggi cahayanya dalam kegelapan dengan p...

Anti-Semitic – Pembohongan Media Barat

Tahukah sebenarnya seluruh dunia telah diperbodohkan oleh media-media barat yang menggelarkan individu-individu yang menunjukkan penentangan kepada negara haram Israel dan golongan Zionist sebagai “Anti-Semitic”. Tun Dr. Mahathir, Dr. Azzam Tamimi, mantan Presiden Iraq, Saddam Hussein dan ahli parlimen British; George Gallaway adalah beberapa individu-individu yang mendapat gelaran “Anti-Semitic” oleh media barat berikut kenyataan-kenyataan mereka dan pandangan-pandangan yang diutarakan mereka. Mengapa saya kata kita diperbodohkan ? Mari kita lihat apakah pengertian “Semitic” dari sudut bahasa. Mengikut Concise Oxford English Dictionary, Semitic boleh dimaksudkan sebagai “an Afro-Asiatic subfamily of languages that includes Hebrew, Arabic, and Aramaic and certain ancient languages such as Phoenician and Akkadian”. Ini bermakna Semitic itu bukan hanya merujuk kepada bangsa Yahudi semata walhal turut merujuk kepada bangsa Arab. Jadi logikkah Dr. Azzam Tamimi dan Saddam Hussein yang b...

6 Pesanan Untuk Wanita Akhir Zaman

Allah SWT menjadikan wanita sebagai salah satu ujian atau fitnah buat kaum lelaki. Ini dijelaskan oleh Allah SWT di dalam al-Quran: Firman Allah SWT: زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ Ali-Imran:14.Maksudnya: “Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia suka kepada perkara-perkara yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan.”  Terdapat juga sebuah hadith yang jelas menunjukkan bahawa wanita merupakan fitnah bagi kaum lelaki. Hadith tersebut diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan ramai lagi iaitu: Daripada Usamah bin Zaid RA, bahawa Nabi SAW bersabda: مَا تَرَكْتُ بَعْدِي فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنَ النِّسَاءِ Maksudnya: “Tidak aku tinggalkan selepas daripadaku yang lebih berbahaya ke atas kaum lelaki daripada wanita.” [Riwayat al-Bukhari (5096) dan Muslim (2740)]. Dalam membicarakan isu fitnah wanita, ia bukanlah bermakna wanita itu dianggap negatif menurut pandangan syarak. Bahkan syarak sangat memuliakan dan meninggikan kedu...