Skip to main content

MENJAGA IMEJ DIRI DAN PENAMPILAN MENARIK SEORANG PEGAWAI KERAJAAN

Imej diri merupakan gambaran diri ditampilkan. Ini termasuklah rupa paras, cara anda bercakap, berpakaian dan bertindak, kemahiran sikap, perawakan dan gerak-geri anda, hiasan tambahan dan persekitaran serta rakan taulan anda. Sebagai seorang pegawai antara perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam menjaga imej dan penampilan diri adalah:


1. Ilmu pengetahuan dan Amalan kerohanian

Sebelum kita pergi lanjut berkenaan dengan penampilan diri ini, kita mestilah mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dalam menjaga imej diri. Pernah dengar tak, semakin tinggi ilmu semakin tinggi adab dan akhlaknya. Sebab itu, sebelum nak jadi seorang pegawai kita mesti kene ada sekurangnya ijazah. Nak dapatkan segulung ijazah bukan mudah ye kawan-kawan, macam-macam cabaran yang perlu kita harungi. Dekat situ juga ianya membentuk akhlak dan pemikiran kita sebab makin kita dewasa cabaran hidup juga semakin hebat seiring dengan peredaran zaman. Akhirnya kita sedar tujuan hidup ini bukanlah kaya yang kita kejar tapi ketenangan yang kita perlu raihkan supaya hidup dan mati kita nanti sentiasa diberkati oleh Allah swt dan syurga lah sebenarnya matlamat hidup kita.

Jadi, ilmu pengetahuan dan amalan kerohanian ni seperti solat dan mengingati Allah swt adalah merupakan pokok dan juga pangkalnya yang mesti kita utamakan dulu. Dekat sini juga ianya akan membentuk jati diri dan hidup kita supaya sentiasa bersyukur serta merendah diri. Sentiasalah perbaiki diri kita dengan menjaga kualiti solat agar hidup kita akan menjadi lebih sempurna.

2. Kecergasan dan kesihatan diri

Nikmat paling tinggi dalam hidup ialah nikmat kesihatan diri. Bila diri kita sihat, kuat dan cergas memang rasa semangat nak buat kerja. Jadi, jaga lah kesihatan anda sebaiknya dengan melakukan aktiviti dan amalan sihat. Jaga pemakanan untuk elakkan obesiti dan sentiasa fit. 

Rajin-rajin bersenam dan jaga bentuk badan. Nak pakai baju apa semua senang, sedang dan muat dengan badan kita. Tak susah pun nak bersenam, buat je lah exersice simple macam berjogging, berbasikal atau mendaki. Jadikan benda tu sebagai aktiviti bulanan korang, kalau rajin buat lah hari-hari. Makan pun kene jaga juga kurangkan makan fast food dan amalkan diet suku-suku. Kekadang kesian dengan orang yang badan berisi ni nak cari baju apa-apa untuk dipakai pun susah terpaksa kene alter.

3. Kebersihan diri

Aspek paling penting dalam menjaga imej kita adalah kebersihan diri. Biasalah sebelum pergi kerja mesti mandi dan gosok gigi. Tapi setakat mandi dan gosok gigi sahaja tidak cukup untuk menjaga kebersihan diri jika kita tak merapikan rambut, janggut dan misai, potong kuku dan sebagainya. Pastikan setiap hari jumaat kita wajib potong kuku dan merapikan segala bulu di badan kita.

Gigi kita pun kene jaga juga lah sentiasa buat rawatan gigi polish & scalling 6 bulan sekali supaya mulut kita tidak berbau. Ini lah aspek paling penting menjaga kebersihan dan kekemasan dalam diri kita supaya kita rasa yakin dengan diri kita sendiri untuk melaksanakan tugasan di pejabat. Ni tips pentinglah, nak elak mulut berbau, lepas makan mesti gosok gigi. Bawa lah selalu berus gigi kemana sahaja sebab Nabi SAW juga selalu bersugi. Boleh juga makan gula-gula untuk elak nafas berbau. Jadi, bila kita dah rasa yakin dengan aspek kebersihan kita percayalah diri kita akan rasa lebih semangat untuk buat kerja dan tugasan hakiki.

4. Pakaian.

Antara perkara tersebut, pakaian merupakan fokus atau tumpuan utama kerana pakaian memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan keperibadian seseorang individu. Pakaian seseorang juga merupakan first impression yang bakal diberikan kepada individu lain yang melihatnya. Pemilihan pakaian juga haruslah sesuai dengan keadaan fizikal diri, jawatan dan tahap ekonomi masing-masing.

Orang putih kata ''Dont judge a book by its cover''. Apa kaitannya dengan pakaian?? Iyerlah bila kita berpenampilan kemas, orang tak nampak pun apa kekurangan diri anda. Jadi, sebagai seorang pegawai, pakai lah pakaian yang sesuai dengan tahap kerjaya anda. Biasanya dalam seminggu tu, ada hari yang kene pakai baju korporat, long suit, baju batik dan baju melayu. Jadi, untuk memastikan pakaian tersebut dapat disesuaikan pada hari yang ditetapkan sediakan lah baju yang mencukupi dan iron baju tersebut bila waktu weekend kalau malas dan tak sempat kan dah ada dobi. Nak iron baju lebih pun takpe sebab kekadang ada arahan mengejut-mengejut yang perlu hadir dalam program rasmi. Sekurangnya persediaan awal tu dah buat. Jadi kan hari weekend untuk uruskan pakaian untuk dipakai dalam seminggu. Jangan jadikan budaya gosok baju masa hari kita bekerja nanti semangat kerja tiada. Kita kalau boleh nak bawa aura positif pergi kerja.

Jadikan juga kereta dan bilik pejabat kita sebagai almari baju kita. Jadi bila ada arahan mengejut ni kita dah buat persediaan awal bila tetiba last minute kene hadir program rasmi. Jadi takdelah stress nak balik tukar baju. At least, dalam kereta atau bilik pejabat mesti ada blazer, tali leher, sepersalinan baju melayu, baju korporat dan baju batik. Baju tshirt pun jangan lupa bawa kekadang diperlukan  juga.

5. Bersyukur

Bersyukur dalam erti kata lain berterima kasih dan menghargai sesuatu perkara. Kekadang kita lupa nak bersyukur dengan apa nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah SWT. Bila Allah swt dah bagi kita nikmat macam-macam kita semakin lupa diri untuk kembali kepada Nya dan akhirnya kita menjadi orang yang jahil serta kufur nikmat. Sentiasa lah bermuhasabah diri kita sebab dunia ni sementara sahaja. Kita pun tidak bawa harta kita yang kita kumpul dalam kubur. Kita hanya bawa sehelai kain kafan yang akan menutupi tubuh kita. 


Ini lah turutan paling penting sebelum kita nak nampak menarik di mata manusia, jadikanlah diri kita nampak menarik dihadapan Allah SWT dahulu. Dalam hidup, hendaklah kita mendahulukan Allah SWT dan berserah diri secara ikhlas kepadaNya. Kejarlah akhirat dahulu kerana dunia akan kejar kita  semula. Insha Allah, semoga kita semua mendapat nikmat dan keredhaan dari yang Maha Esa.


Comments

Popular posts from this blog

6 Pesanan Untuk Wanita Akhir Zaman

Allah SWT menjadikan wanita sebagai salah satu ujian atau fitnah buat kaum lelaki. Ini dijelaskan oleh Allah SWT di dalam al-Quran: Firman Allah SWT: زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ Ali-Imran:14.Maksudnya: “Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia suka kepada perkara-perkara yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan.”  Terdapat juga sebuah hadith yang jelas menunjukkan bahawa wanita merupakan fitnah bagi kaum lelaki. Hadith tersebut diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan ramai lagi iaitu: Daripada Usamah bin Zaid RA, bahawa Nabi SAW bersabda: مَا تَرَكْتُ بَعْدِي فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنَ النِّسَاءِ Maksudnya: “Tidak aku tinggalkan selepas daripadaku yang lebih berbahaya ke atas kaum lelaki daripada wanita.” [Riwayat al-Bukhari (5096) dan Muslim (2740)]. Dalam membicarakan isu fitnah wanita, ia bukanlah bermakna wanita itu dianggap negatif menurut pandangan syarak. Bahkan syarak sangat memuliakan dan meninggikan kedu...

Anti-Semitic – Pembohongan Media Barat

Tahukah sebenarnya seluruh dunia telah diperbodohkan oleh media-media barat yang menggelarkan individu-individu yang menunjukkan penentangan kepada negara haram Israel dan golongan Zionist sebagai “Anti-Semitic”. Tun Dr. Mahathir, Dr. Azzam Tamimi, mantan Presiden Iraq, Saddam Hussein dan ahli parlimen British; George Gallaway adalah beberapa individu-individu yang mendapat gelaran “Anti-Semitic” oleh media barat berikut kenyataan-kenyataan mereka dan pandangan-pandangan yang diutarakan mereka. Mengapa saya kata kita diperbodohkan ? Mari kita lihat apakah pengertian “Semitic” dari sudut bahasa. Mengikut Concise Oxford English Dictionary, Semitic boleh dimaksudkan sebagai “an Afro-Asiatic subfamily of languages that includes Hebrew, Arabic, and Aramaic and certain ancient languages such as Phoenician and Akkadian”. Ini bermakna Semitic itu bukan hanya merujuk kepada bangsa Yahudi semata walhal turut merujuk kepada bangsa Arab. Jadi logikkah Dr. Azzam Tamimi dan Saddam Hussein yang b...

AMARAN : Jangan Menggunakan Telefon Bimbit dalam Waktu Gelap

Dr Justice Arthur, seorang pegawai perubatan di Hospital Cape Coast (Bakkano) telah mengatakan bahawa apabila lampu dimatikan pada waktu malam, seseorang dilarang melihat telefon bimbit! (Telefon pintar) Kesan Melihat telefon bimbit dalam waktu gelap akan menyebabkan mata jadi buat Biasanya menggunakan telefon bimbit sebelum tidur di waktu gelap boleh membawa kepada masalah mata yang serius. Baru-baru ini, peningkatan bilangan pesakit berusia 30-40 tahun mendapatkan  rawatan perubatan kerana berpunca daripada menggunakan telefon bimbit dalam waktu yang gelap. Profesor Li Li, pengarah Hospital Ophthalmology SGH Singapura, berkata: "30 minit silau mata akan menyebabkan degenerasi makular mata yang tidak dapat dipulihkan yang membawa kepada kemerosotan penglihatan yang pantas. Contract maculopathy (kanser mata) bermaksud menunggu penglihatan kerana ubat moden tidak dapat dirawat, apalagi menyembuhkannya. Telefon yang tinggi cahayanya dalam kegelapan dengan p...