Skip to main content

JANGAN SEDIH DENGAN TAKDIR ALLAH KERANA DI SITU ADA RAHMAT-NYA

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Hai lama dah aku nak confess pasal ni tapi aku takde daya kekuatan untuk menulis. Tapi dengan izin Allah aku diberikan ilham untuk menulis tentang kisah kehidupan aku yang masih menanti cahaya mata.

Aku dah bernikah lebih 10 tahun, umur aku pertengahan 30-an. Syukur Alhamdulillah aku diberikan kesihatan yang baik dan tahap kesuburan yang baik. Sejak dari awal baligh, period aku teratur. Masa sebelum aku kahwin memang aku target nak ada anak ramai sebab aku ada ramai adik-beradik iaitu seramai 9 orang dan 30 orang anak saudara. Aku tengok kakak2 dan abang2 aku pun, kahwin tak lama dapat anak pastu plak berderet-deret. Jadi, aku pun rasa yakin yang aku akan punyai zuriat seramai mungkin.

Takdir Allah, aku bernikah dengan suami aku. Memang suami aku memenuhi kriteria calon suami yang aku impikan antaranya ada pelajaran tinggi, tidak merokok, adik-beradik ramai dan jaga solat. Aku yakin masa tu aku akan mempunyai ramai anak bila berkahwin dengan suami aku. Tapi takdir Allah, rupanya suami aku mempunyai masalah azoospermia dimana tiada sperma  dalam air maninya selepas membuat pemeriksaan di klinik sakit puan iaitu kira-kira setahun kami berkahwin.

Bila Dr memaklumkan perkara tersebut hati siapa yang tidak sedih. Impian aku ketika itu untuk merasai nikmat mengandung belum kesampaian. Tapi nasib baiklah pada masa itu, aku mempunyai kerjaya yang stabil dalam sektor kerajaan yang mana kerjanya memerlukan aku banyak outstation dan dalam masa sama loan rumah dah lulus tinggal ambil kunci sahaja. Jadi, anak atau zuriat pada masa tersebut bukanlah menjadi satu keutamaan kepada aku waktu itu untuk terlalu pikirkan. Walau bagaimanapun, aku dan suami perlu redha dan tawakal dan tidak berputus asa untuk terus berdoa  untuk memiliki zuriat sendiri suatu hari nanti. Kalau Allah tidak izinkan melalui rahim atau benih suami sendiri, aku redha dan gantilah dengan zuriat dari benih yang bukan melalui penzinaan. Apapun aku hanya berserah pada Allah kerana Dia sebaik-baik perancang. Siapalah yang berkahwin taknak ada anak sebagai penyejuk dan penyeri kehidupan?

Mungkin Allah nak aku dan suami berdua-duan dahulu dan menjadi orang yang bermanfaat kepada kedua-dua orang tua kami. Lagi pun, perkenalan aku dan suami terlalu singkat sebelum kami berdua memutuskan untuk berkahwin. Alhamdulillah, setelah 10 tahun melayari bahtera perkahwinan, bermacam-macam memori indah yang kami lalui bersama dan semoga hubungan kami kekal bahagia hingga ke Jannah, dipanjangkan usia, dapat cipta lebih banyak lagi kenangan indah bersama-sama.

Setelah hampir 10 tahun berkhidmat dengan kerajaan, aku decide untuk berhenti bekerja. Aku ingin tumpukan perhatian sepenuhnya kepada rumahtangga dan suami. Dalam masa sama, aku ingin membuat persediaan diri untuk menjadi seorang ibu terbaik dan mendalami ilmu agama sebaiknya. Alhamdulillah, selepas aku berhenti kerja, suami aku pun telah disahkan sebagai pegawai tetap  dalam kerajaan dan dapat mengeluarkan duit kwsp. Dengan duit kwsp, beliau telah membawa aku mengerjakan ibadah umrah. Alhamdulillah, banyak nikmatNya yang aku peroleh selepas berhenti kerja. 2 unit rumah kami pun berjaya disewakan kepada penyewa yang bertanggungjawab membayar setiap bulan. Aku pun ada pendapatan bulanan hasil dari sewa rumah dan duit gaji yang suami aku berikan setiap bulan untuk perbelanjaan dapur, bayar bil dan nafkah.

Aku juga berjaya mendaftarkan syarikat persendirian dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan membuka akaun Syarikat. Cuma, aku masih belum konsisten lagi dengan perniagaan yang aku ingin berikan tumpuan sebab aku kene pikirkan banyak perkara khususnya melibatkan masa dan keadaan suami aku yang akan berpindah-randah. Aku pun belum mendisplinkan diri lagi antaranya solat awal waktu, melakukan kerja-kerja harian sepertimana yang dijadualkan dan juga aku mempunyai matlamat untuk menguruskan badan aku mengikut berat ideal serta seimbang supaya aku mempunyai lebih keyakinan apabila aku ingin menggayakan apa-apa pakaian serta dapat melaksanakan ibadah sebanyaknya dengan sempurna.

Pada masa ini, aku dan suami dalam proses untuk dapatkan anak angkat atau anak pelihara. Semoga Allah permudahkan urusan kami berdua untuk mendapatkan anak pelihara secepat mungkin, Insha Allah. Semalam, JKM ada menghubungi aku dimana nama aku akan disenarai pendek untuk dibawa ke Putrajaya bagi memelihara seorang bayi Perempuan berusia 4 bulan bukan warganegara. Jika ada rezeki dapatlah. Kami pun baru mohon anak angkat melalui orphancare, suami aku dah hantar permohonan tu melalui kurier semalam. Pada masa sama JKM baru menghubungi aku juga tentang pemeliharaan anak angkat setelah 2 tahun kami mohon. Tengoklah mana sampai dulu.

Jadi, bagi aku pasal zuriat ni tak usahlah terburu-buru. Ikut sahaja aturan dari Allah swt. Cepat atau lambat bukan urusan kita. Semua ini atas urusan Allah dan takdir kita dah tertulis di luh mahfuz. Janganlah kita putus asa dari Rahmat Allah. Banyakkan istighfar dan muhasabah diri kita selalu semoga Allah memberikan ganjaran berlipat kali ganda di dunia dan akhirat. Pasal rezeki kita tak usahlah kita risau, kalau dah tertulis itu rezeki kita, selayaknya lah kita dapat. Biasanya rezeki tak pernah salah alamat. Apa yang penting bagaimana hubungan kita dengan Allah selalu. Fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah. Wallahualam.

 

Comments

Popular posts from this blog

AMARAN : Jangan Menggunakan Telefon Bimbit dalam Waktu Gelap

Dr Justice Arthur, seorang pegawai perubatan di Hospital Cape Coast (Bakkano) telah mengatakan bahawa apabila lampu dimatikan pada waktu malam, seseorang dilarang melihat telefon bimbit! (Telefon pintar) Kesan Melihat telefon bimbit dalam waktu gelap akan menyebabkan mata jadi buat Biasanya menggunakan telefon bimbit sebelum tidur di waktu gelap boleh membawa kepada masalah mata yang serius. Baru-baru ini, peningkatan bilangan pesakit berusia 30-40 tahun mendapatkan  rawatan perubatan kerana berpunca daripada menggunakan telefon bimbit dalam waktu yang gelap. Profesor Li Li, pengarah Hospital Ophthalmology SGH Singapura, berkata: "30 minit silau mata akan menyebabkan degenerasi makular mata yang tidak dapat dipulihkan yang membawa kepada kemerosotan penglihatan yang pantas. Contract maculopathy (kanser mata) bermaksud menunggu penglihatan kerana ubat moden tidak dapat dirawat, apalagi menyembuhkannya. Telefon yang tinggi cahayanya dalam kegelapan dengan p...

Anti-Semitic – Pembohongan Media Barat

Tahukah sebenarnya seluruh dunia telah diperbodohkan oleh media-media barat yang menggelarkan individu-individu yang menunjukkan penentangan kepada negara haram Israel dan golongan Zionist sebagai “Anti-Semitic”. Tun Dr. Mahathir, Dr. Azzam Tamimi, mantan Presiden Iraq, Saddam Hussein dan ahli parlimen British; George Gallaway adalah beberapa individu-individu yang mendapat gelaran “Anti-Semitic” oleh media barat berikut kenyataan-kenyataan mereka dan pandangan-pandangan yang diutarakan mereka. Mengapa saya kata kita diperbodohkan ? Mari kita lihat apakah pengertian “Semitic” dari sudut bahasa. Mengikut Concise Oxford English Dictionary, Semitic boleh dimaksudkan sebagai “an Afro-Asiatic subfamily of languages that includes Hebrew, Arabic, and Aramaic and certain ancient languages such as Phoenician and Akkadian”. Ini bermakna Semitic itu bukan hanya merujuk kepada bangsa Yahudi semata walhal turut merujuk kepada bangsa Arab. Jadi logikkah Dr. Azzam Tamimi dan Saddam Hussein yang b...

6 Pesanan Untuk Wanita Akhir Zaman

Allah SWT menjadikan wanita sebagai salah satu ujian atau fitnah buat kaum lelaki. Ini dijelaskan oleh Allah SWT di dalam al-Quran: Firman Allah SWT: زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ Ali-Imran:14.Maksudnya: “Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia suka kepada perkara-perkara yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan.”  Terdapat juga sebuah hadith yang jelas menunjukkan bahawa wanita merupakan fitnah bagi kaum lelaki. Hadith tersebut diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan ramai lagi iaitu: Daripada Usamah bin Zaid RA, bahawa Nabi SAW bersabda: مَا تَرَكْتُ بَعْدِي فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنَ النِّسَاءِ Maksudnya: “Tidak aku tinggalkan selepas daripadaku yang lebih berbahaya ke atas kaum lelaki daripada wanita.” [Riwayat al-Bukhari (5096) dan Muslim (2740)]. Dalam membicarakan isu fitnah wanita, ia bukanlah bermakna wanita itu dianggap negatif menurut pandangan syarak. Bahkan syarak sangat memuliakan dan meninggikan kedu...