Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2012

Very Emotional Video new convert To Islam the best scenes Ever seen in W...

Tangisan Air Mata

Terkadang kita harus menangis, ... agar kita tahu betapa berertinya setitis airmata kita.. Terkadang kita harus tersenyum, agar kita tahu hidup ini memang indah.. Terkadang kita harus sendiri dan kehilangan, agar kita tahu betapa berertinya seseorang itu dalam hidup kita.. Dan terkadang kita harus kekurangan, agar kita tahu betapa berertinya setiap nikmat yang Allah berikan.. Kadangkala lepas hilang CINTA MANUSIA, kita jumpa CINTA ALLAH SWT. ... Setelah dizalimi manusia, baru kita rasai betapa adilnya Allah SWT. Selepas sesat dalam gelap, kita hargai cahaya yang malap. Tatkala hati keresahan, kita hargai erti ketenangan. Bila ditimpa musibah, kita tahu kesabaran itu indah. Saat hidup dalam kekurangan, kita yakin kesyukuran itu mencukupkan. Benarlah, setelah datang malam yang gelap gelita, baru terlihat bintang di mata. Subhanallah.. “Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal”. { Surah At-Taubah:129 }

Allah Bersama Kita

Dia lah Allah, Tuhan yang maha esa, tidak beranak atau diberanakkan, terjadi dengan sendirinya, maha kaya, agung, tidak tidur dan makan... Segala yang baik datangnya dariNya..menguasai kerajaan langit dan bumi, tiada makhluk yang boleh menandinginya, penyayang, pelindung, subhanallah... Jadikanlah Dia kekasih kita, minta lah apa saja darinya, mengadulah apa saja dariNya, penuhi kesunyian dengan mengingatinya..Insyaallah mudah diperkenankan..

qatrunnada - cinta agung

Hayati lagu ini anda pasti  akan mengalirkan air mata.. Ingatlah sahabat-sahabatku kehidupan di dunia hanyalah sementara, hidup di dunia hanya lah untuk menuai benih  kesuburan menuju akhirat..kerana akhirat adalah kekal abadi..di dunia lah menentukan siapa kita di akhirat..

Cukuplah akhlak dan agama

Tidak perlu jadi SEMPURNA hanya kerana ingin di CINTAI.. ... Yang kamu perlukan hanya seseorang yang tahu kekuranganmu tapi tetap ingin bersamamu.. Orang yang inginkan kesempurnaan sudah pasti akan mencari kesempurnaan dalam pasangannya.. Dan kita takkan mampu hidup bersamanya kerana dalam diri kita telah ada KEKURANGANNYA.. :: Cukuplah AKHLAK dan AGAMA yang ada dalam dirinya..Itu sudah cukup untukku::

KISAH WANITA BERMIMPI LELAKI TAWAF TANPA SEURAT BENANG SEMASA MUSIM HAJI

Saya mendapat khabar bahawa pernah pada suatu musim haji, terdapat program soal-jawab yang disiarkan secara langsung di tanah suci melalui siaran radio. Siaran tersebut didengari oleh jutaan jemaah haji yang hadir. Kesemua soal-jawab telah dijawab oleh seorang Tuan Sheikh yang `alim dan sangat dihormati akan ilmunya. Program tersebut adalah khusus bagi menjawab soalan-soalan orang ramai sekitar tajuk ibadah haji dan lain-lain yang berkaitannya. Tiba-tiba ada satu panggilan dari seorang wanita yang ingin bertanya tentang mimpi dan apa tafsiran Tuan Sheikh tersebut. Walaupun pada asalnya Tuan Sheikh agak keberatan untuk menjawab disebabkan ianya terkeluar dari tajuk yang dibincangkan iaitu haji, namun beliau tidak mahu mengecewakan wanita tersebut lalu dibenarkannya untuk bertanya. “Saya pernah bermimpi terlihat seorang lelaki yang mengerjakan ibadah tawaf mengelilingi Ka`bah pada musim haji dalam keadaan beliau tidak berpakaian sedikit pun iaitu dalam keadaan telanjang. Bolehk...

Sweet

Hari ni macam takde idea nak tulis entry skali belek-belek facebook terjumpa lah gambar mereka ini iaitu Imam Muda Hassan dan Isterinya Ulfah..mereka begitu sempadan sekali...bagai pinang dibelah dua..bijak, cantik, alim dan yang penting soleh dan solehah..Lihat sajalah imam muda Hassan, muda-muda lagi dah dapat panggilan Imam .. Kalo tengok isterinya lagi lah walaupun memakai pakaian pengantin masih lagi bertudung labuh.. Ini lah janji Allah lelaki yang soleh untuk perempuan yang solehah..dan Allah juga telah membuktikannya juga kepada mereka berdua..Alhamdulillah moga-moga hubungan mereka kekal bahagia hingga ke syurga dan dikurniakan permata yang soleh dan solehah..Sweetkan mereka??? Seperti yang diperkatan oleh Imam Muda Hassan, Ulfah merupakan pilihannya sendiri dan mereka berdua bercinta selepas diijabkabulkan...Wah macam ni lah 'sweet couple' tak perlu nak melalui fasa bercinta sebelum berkahwin sebab kedua-duanya tak perlu rasa musykil di hati...

Tips,..

Jom Semua Sebarkan Kebaikan

Jom semua sebarkan kebaikan dengan menulis perkara-perkara yang baik sebab tulisan takkan terpadam kan..seperti yang dinyatakan oleh Saidina Ali bin Abi Talib.So..tinggalkan penulisan di blog atau facebook yang menunjukkan unsur riak, meninggi diri, cerita hal-hal peribadi yang tiada kaitan dengan kehidupan..Jadi delete perkara-perkara yang mengaibkan orang lain,cerita sensasi tentang gosip-gosip,gambar-gambar yang tidak elok dipandang..ajaklah orang dengan buat kebaikkan seperti sabda Rasulullah sampaikanlah Ilmuku walau satu ayat..mudah kan..

PERINGATAN KEPADA PERINDU ALLAH

Salam Jumaat.. salam hari mulia..pada hari ini sahaja tersentuh hati saya apabila membaca berita pemergian Bob Kuman kepada penciptanya ..saya bukanlah peminat tegar kepada Bob Kuman dan tidak mengikuti perkembangan seninya sepanjang hayatnya....cuma sejak kebelakangan ini cerita penderitaan Bob Kuman tentang penyakit yang dialaminya sering diperkatakan di dada akhbar dan elektronik.. Al-Fatihah diucapkan kepada Bob Kuman semoga rohnya dicucuri rahmat oleh-Nya..Kita yang masih hidup ini teruskan perjuangan dalam mencari kehidupan yang lebih sempurna sebagai seorang Islam..Syukur alhamdulillah Bob Kuman telah menerima hidayah dari Allah sebelum kematiannya dan ramai juga saya lihat yang datang menziarahinya..Apa yang saya terbaca mengenai beliau sepanjang hayatnya ialah beliau seorang yang tidak berkira walaupun beliau sendiri dalam kesusahan..Itu cerita Bob Kuman yang kita ini yang masih dipinjamkan nyawa oleh Allah apa amalan yang kita dah lakukan sepanjang kit...