Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2015

Part Time: Jual Barang kitar semula

Setiap orang yang bekerjaya dalam sesuatu bidang mesti ada kerja part time yang boleh dilakukan untuk mencari duit tambahan untuk diri sendiri dan keluarga. Ada yang memilih menjadi photographer,menjual barang atau produk secara online,menjual burger,menjadi tukang masak dan sebagainya berdasarkan pengalaman dan kemahiran yang dimiliki. Iyerklah mana cukup gaji RM3000 sebulan untuk membuat perbelanjaan harian. Perlu bayar bil air dan elektrik,membayar duit rumah,membayar duit motor dan kereta serta berbelanja dapur. Sedangkan gaji RM3000 pun belum tentu cukup inikan pula yang bergaji bawah paras tersebut. Kerja part-time menjual barang kitar semula mesti jarang orang buat bukan? Sebenarnya kerja mencari barang terbuang telah dilakukan oleh saya dan suami pada pertengahan tahun 2014 lagi. Sehingga sekarang kami masih melakukan kerja tersebut mencari,mengumpul dan menjualnya di kilang kitar semula terletak tidak jauh dari taman perumahan saya. Sebenarnya ilham untuk menju...

Makin Tinggi Makin Tunduk

Bak kata pepatah, "Resmi Padi, semakin tinggi semakin tunduk" ini lah coretan yang nak disampaikan mengenai dengan tajuk yang telah ditulis  di atas dengan lumrah kehidupan manusia.                                  Sumber: Google Adakah anda faham dengan pepatah melayu yang dinyatakan di atas? Baiklah saya ingin bagi gambaran bahawa apabila kita lihat padi semakin tinggi ianya bukan semakin menegak tetapi semakin condong macam itu juga lalang. Okey apa kaitan dengan pepatah tersebut dengan lumrah kehidupan manusia? Pertama sekali kita perlu ingat bahawa sesuatu yang berlaku ada sebabnya kenapa Allah ciptakan tumbuhan tersebut semakin condong. Ini sebabnya keadaan tersebut mendorong manusia untuk berfikir sejenak kenapa orang- orang dulu mengambil nama resam padi untuk dijadikan pepatah melayu sesuai dengan lumrah hidup manusia. Sebagai contoh saya ambil adalah bidang pendidikan. Dalam ...