Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2024

MENJAGA IMEJ DIRI DAN PENAMPILAN MENARIK SEORANG PEGAWAI KERAJAAN

Imej diri merupakan gambaran diri ditampilkan. Ini termasuklah rupa paras, cara anda bercakap, berpakaian dan bertindak, kemahiran sikap, perawakan dan gerak-geri anda, hiasan tambahan dan persekitaran serta rakan taulan anda. Sebagai seorang pegawai antara perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam menjaga imej dan penampilan diri adalah: 1. Ilmu pengetahuan dan Amalan kerohanian Sebelum kita pergi lanjut berkenaan dengan penampilan diri ini, kita mestilah mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dalam menjaga imej diri. Pernah dengar tak, semakin tinggi ilmu semakin tinggi adab dan akhlaknya. Sebab itu, sebelum nak jadi seorang pegawai kita mesti kene ada sekurangnya ijazah. Nak dapatkan segulung ijazah bukan mudah ye kawan-kawan, macam-macam cabaran yang perlu kita harungi. Dekat situ juga ianya membentuk akhlak dan pemikiran kita sebab makin kita dewasa cabaran hidup juga semakin hebat seiring dengan peredaran zaman. Akhirnya kita sedar tujuan hidup ini bukanlah kaya yang kita ...

PETUA SUPAYA SENTIASA MAHU MENUNAIKAN IBADAH SOLAT

  "Nak betulkan hidup? Betulkan dulu solatmu. Perhatikan bagaimana bacaan, tertib dan pergerakanmu ketika solat."Hari ini ramai yang solat dalam kelam-kabut. Nak cepat selesai. Itu yang hidup pun boleh jadi kelam kabut juga."Bukan semua orang, kebanyakan sahaja begitu”. Ingatlah,  ALLAH SWT pernah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 238 yang bermaksud :  "Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk." Benar kerja dan tanggungjawab yang digalas itu perlu dilaksanakan sebaiknya, namun janganlah hingga mengabaikan kualiti solat serta ibadah yang ditunaikan.Kedua-duanya perlu diseimbangkan agar kehidupan lebih diberkati dan diredai ALLAH SWT.  Hikmah Melaksanakan Ibadah Solat Ibadah solat mengandungi berbagai aneka hikmah yang tersembunyi, bermacam-macam rahsia, didikan, dan asuhan yang ...

6 Pesanan Untuk Wanita Akhir Zaman

Allah SWT menjadikan wanita sebagai salah satu ujian atau fitnah buat kaum lelaki. Ini dijelaskan oleh Allah SWT di dalam al-Quran: Firman Allah SWT: زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ Ali-Imran:14.Maksudnya: “Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia suka kepada perkara-perkara yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan.”  Terdapat juga sebuah hadith yang jelas menunjukkan bahawa wanita merupakan fitnah bagi kaum lelaki. Hadith tersebut diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan ramai lagi iaitu: Daripada Usamah bin Zaid RA, bahawa Nabi SAW bersabda: مَا تَرَكْتُ بَعْدِي فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنَ النِّسَاءِ Maksudnya: “Tidak aku tinggalkan selepas daripadaku yang lebih berbahaya ke atas kaum lelaki daripada wanita.” [Riwayat al-Bukhari (5096) dan Muslim (2740)]. Dalam membicarakan isu fitnah wanita, ia bukanlah bermakna wanita itu dianggap negatif menurut pandangan syarak. Bahkan syarak sangat memuliakan dan meninggikan kedu...