Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2012

Saya Juga Punyai Hati Dan Perasaan

Saya DIAM bukan bermakna saya tak boleh LAWAN cakap awak..saya SENYUM bukan bermakna saya RELA di marah, di caci atau di maki oleh awak..saya TUNDUK bukan bermakna saya KALAH.. >>> Tapi saya DIAM kerana saya tidak mahu MENYAKITI HATI awak seperti mana awak lakukan pada saya..saya SENYUM kerana saya teringat NASIHAT MAK AYAH supaya JANGAN TINGGIKAN suara pada insan lain..dan saya TUNDUK kerana saya YAKIN ALLAH sentiasa ADA bersama saya..hakikatnya saya juga seperti awak..punya hati dan perasaan

Wahai Gadis Bercintalah Lepas Nikah

Wahai gadis tolonglah jaga pendengaranmu, maruahmu dan kesucian nulari mu. Allah telah menciptakanmu sebaik-baik kejadian Janganlah engkau  mudah hanyut dengan kata-kata lelaki yang ingin  mengambil kesempatan terhadap dirimu . Jadikanlah Allah sebagai penemanmu dikala dikau bersedih mahupun gembira. Kerana Allah adalah Tuhan yang layak untuk Engkau cintai bukanlah dengan lelaki yang sembarangan yang masih belum menjadi halal untuk engkau wahai gadis. Janganlah engkau menganggap lelaki yang mencintaimu itu akan melindungi mu dari mara bahaya. Ingatlah bahawa Allah yang akan menjaga gerak-gerimu sekiranya engkau ingin mendapatkan pelindungan-Nya. Insyaallah yakinlah pada-Nya. Lelaki yang engkau anggapnya sebagai pakwe atau boyfriends tidak mampu untuk melindungi engkau apabila berjauhan dengannya. Ingatlah wahai gadis dosamu bukan boyfreinds mu yang tanggung kerana dosamu ditanggung oleh ibu dan bapa kamu. Kasihanilah gadis dengan kedua ibu bapamu yang telah melahirkan kam...

Saya juga mahu blog

Selamat Berpuasa Assalammualaikum.. Dengan lafaz basmallah saya ingin melancarkan BLOG saya ini dengan rasminya pada 1hb Ramadhan..saya sangat teruja untuk menulis blog sejak 2 tahun yang lepas (2008). Bukan kerana mengikut trend terkini adanya blog,fb,twitter mungkin friendster dan myspace sebagai kemudahan teknologi terkini. Saya juga tidak terkecuali ingin menyumbang idea dan pandangan terhadap sesatu perkara berkaitan hal sendiri,keluarga,masyarakat,agama dan negara khususnya. Saya bukanlah pemikir yang fanatik dalam menghujahkan sesuatu perkara yang boleh menyentuh isu sensitiviti mana-mana pihak. Jika boleh pengalaman hidup serta ilmu yang saya ada dapat dikongsikan bersama  pihak yang memerlukan.Sesungguhnya indahnya ilmu itu sekiranya kita dapat berkongsi bersama dan diamalkan. Seperti saya kata tadi sekian lama saya memikirkan apakah tajuk penulisan saya yang harus saya kongsikan bersama. Adakah ianya menyentuh hal politik, agama, peribadi atau hal-hal lain pasal i...

Kisah Jumaat : Oh Indahnya Islam

Hari ini dah masuk hari Jumaat hari yang penuh  kebesaran bagi umat Islam dimana kaum lelaki di sunatkan untuk sembahyang berjemaah di masjid. Teringat seketika Aku pada satu kisah hari Jumaat dimana sewaktu aku bersama bos (Non-Muslim) dalam perjalanan untuk menghantar pelan ke suatu PBT. Kami telah melalui sebuah masjid yang berhampiran dengan PBT tersebut, kelihatan jemaah masjid baru sahaja usai solat dan meyebabkan jalanraya di kawasan tersebut penuh sesak dengan kenderaan jemaah-jemaah dari  masjid terbabit. Tetiba satu persoalan dilontarkan oleh bos (Non- Muslim),boleh I tanya tak? ' kenapa Tuhan orang Islam macam memilih kasih sebab hanya orang lelaki sahaja yang diwajibkan untuk sembahyang'? Soalan tersebut menyebabkan Aku terkesima.. Nak bagi jawapan yang panjang takut bos Aku tidak faham pula sebab inilah kewajipan Aku sebagai seorang Islam. Aku perlu menjawab juga persoalan tersebut dengan mencari jawapan yang ringkas, padat dan penuh makna agar bos aku lebih ...

Jauhi Larangan Dalam Islam Untuk Hidup Lebih Sempurna

Sebagai manusia kita seringkali tidak lari dari masalah. Memang masalah itu sentiasa ada tidak kira usia kanak-kanak,dewasa mahupun golongan tua. Jangan ingat orang miskin sahaja yang bermasalah orang kaya juga bermasalah. Jika orang miskin mempunyai masalah tidak cukup wang, orang kaya pula mempunyai masalah hutang keliling pinggang ataupun masalah dari segi kesibukkan masa. Woman In Stress Kita juga seringkali terasa lemas untuk menanggung semua bebanan masalah tersebut sehingga membawa kepada tekanan hidup. Tapi ingat, tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan seperti contoh orang yang sakit diberikan ubat untuk menahan sakit. Masalah dapat diatasi melalui 16 tips berikut. Semoga kita sama-sama dapat amalkannya dalam kehidupan harian. Insyaallah. Berikut terdapat 16 tips yang dapat dikongsikan untuk mengurangkan masalah dan tekanan hidup:  JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal keran a berpagi-pagi itu membuka pintu Berk...

Warkah cinta buatmu hati

*Hati janganlah kau sibuk mengejar duniawi,tapi kejarlah janji dan kasih PENCIPTA dunia ini. * Hati janganlah kau lekakan jiwa dengan angan-angan,sedangkan masih terlalu banyak ilmu perlu jiwa raih. * Hati usah kau risaukan kesunyian,kerana pasti akan dipertemukan teman setiamu. * Hati sedarkah kau ujian itu sunnah perjuangan? Tapi kau masih terlalu rapuh menghadapinya. Bersabarlah,perjuangan masih jauh. Teruskan amalanmu,hentikan anganmu,teruskan doamu dan berdoalah selalu. Ya, Allah hamba sedar akan kelemahan diri hamba, sering leka dengan duniawi dan fantasi jadikanlah hamba seorang yang redha dengan ujian mu ini dan berikanlah kekuatan iman agar hambamu ini sentiasa bersyukur dengan ujian yang Engkau telah berikan supaya hamba tidak jauh terpesong dengan godaan dunia yang sementara. Amin Ya Rabbal Alamin.

Mengenal Siapa Yahudi

  Negara Haram Israel Tidak Akan Berkekalan Sejarah telah membuktikan bahawa kaum Yahudi merupakan kaum yang sentiasa ditindas dan ditekan. Peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang zaman semenjak dari zaman Nabi Allah SWT Musa a.s. sehinggalah zaman mereka berada di Palestin selepas itu sentiasa menyaksikan pembunuhan kaum Yahudi secara beramai-ramai oleh musuh-musuh mereka. Melalui peristiwa-peristiwa yang berlaku itu, kita selaku umat Islam yakin bahawa kependudukan mereka secara haram di negara Palestin akan berakhir tidak lama lagi. Mereka akan dihalau keluar dari negara itu sama sepertimana datuk nenek mereka dipaksa keluar dari negara itu. Perkara ini telah dijanjikan oleh Allah SWT menerusi banyak ayat al-Quran, contohnya dalam surah Al-A’raf ayat 167 yang bermaksud: “Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu: Bahawa sesungguhnya Ia akan menghantarkan kepada kaum Yahudi itu, (terus menerus) hingga hari kiamat, kaum-kaum yang akan menimpakan mereka deng...