Skip to main content

Posts

JANGAN SEDIH DENGAN TAKDIR ALLAH KERANA DI SITU ADA RAHMAT-NYA

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera. Hai lama dah aku nak confess pasal ni tapi aku takde daya kekuatan untuk menulis. Tapi dengan izin Allah aku diberikan ilham untuk menulis tentang kisah kehidupan aku yang masih menanti cahaya mata. Aku dah bernikah lebih 10 tahun, umur aku pertengahan 30-an. Syukur Alhamdulillah aku diberikan kesihatan yang baik dan tahap kesuburan yang baik. Sejak dari awal baligh, period aku teratur. Masa sebelum aku kahwin memang aku target nak ada anak ramai sebab aku ada ramai adik-beradik iaitu seramai 9 orang dan 30 orang anak saudara. Aku tengok kakak2 dan abang2 aku pun, kahwin tak lama dapat anak pastu plak berderet-deret. Jadi, aku pun rasa yakin yang aku akan punyai zuriat seramai mungkin. Takdir Allah, aku bernikah dengan suami aku. Memang suami aku memenuhi kriteria calon suami yang aku impikan antaranya ada pelajaran tinggi, tidak merokok, adik-beradik ramai dan jaga solat. Aku yakin masa tu aku akan mempunyai ramai anak bila berkahwin den...
Recent posts

MENJAGA IMEJ DIRI DAN PENAMPILAN MENARIK SEORANG PEGAWAI KERAJAAN

Imej diri merupakan gambaran diri ditampilkan. Ini termasuklah rupa paras, cara anda bercakap, berpakaian dan bertindak, kemahiran sikap, perawakan dan gerak-geri anda, hiasan tambahan dan persekitaran serta rakan taulan anda. Sebagai seorang pegawai antara perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam menjaga imej dan penampilan diri adalah: 1. Ilmu pengetahuan dan Amalan kerohanian Sebelum kita pergi lanjut berkenaan dengan penampilan diri ini, kita mestilah mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dalam menjaga imej diri. Pernah dengar tak, semakin tinggi ilmu semakin tinggi adab dan akhlaknya. Sebab itu, sebelum nak jadi seorang pegawai kita mesti kene ada sekurangnya ijazah. Nak dapatkan segulung ijazah bukan mudah ye kawan-kawan, macam-macam cabaran yang perlu kita harungi. Dekat situ juga ianya membentuk akhlak dan pemikiran kita sebab makin kita dewasa cabaran hidup juga semakin hebat seiring dengan peredaran zaman. Akhirnya kita sedar tujuan hidup ini bukanlah kaya yang kita ...

PETUA SUPAYA SENTIASA MAHU MENUNAIKAN IBADAH SOLAT

  "Nak betulkan hidup? Betulkan dulu solatmu. Perhatikan bagaimana bacaan, tertib dan pergerakanmu ketika solat."Hari ini ramai yang solat dalam kelam-kabut. Nak cepat selesai. Itu yang hidup pun boleh jadi kelam kabut juga."Bukan semua orang, kebanyakan sahaja begitu”. Ingatlah,  ALLAH SWT pernah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 238 yang bermaksud :  "Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk." Benar kerja dan tanggungjawab yang digalas itu perlu dilaksanakan sebaiknya, namun janganlah hingga mengabaikan kualiti solat serta ibadah yang ditunaikan.Kedua-duanya perlu diseimbangkan agar kehidupan lebih diberkati dan diredai ALLAH SWT.  Hikmah Melaksanakan Ibadah Solat Ibadah solat mengandungi berbagai aneka hikmah yang tersembunyi, bermacam-macam rahsia, didikan, dan asuhan yang ...

6 Pesanan Untuk Wanita Akhir Zaman

Allah SWT menjadikan wanita sebagai salah satu ujian atau fitnah buat kaum lelaki. Ini dijelaskan oleh Allah SWT di dalam al-Quran: Firman Allah SWT: زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ Ali-Imran:14.Maksudnya: “Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia suka kepada perkara-perkara yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan.”  Terdapat juga sebuah hadith yang jelas menunjukkan bahawa wanita merupakan fitnah bagi kaum lelaki. Hadith tersebut diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan ramai lagi iaitu: Daripada Usamah bin Zaid RA, bahawa Nabi SAW bersabda: مَا تَرَكْتُ بَعْدِي فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنَ النِّسَاءِ Maksudnya: “Tidak aku tinggalkan selepas daripadaku yang lebih berbahaya ke atas kaum lelaki daripada wanita.” [Riwayat al-Bukhari (5096) dan Muslim (2740)]. Dalam membicarakan isu fitnah wanita, ia bukanlah bermakna wanita itu dianggap negatif menurut pandangan syarak. Bahkan syarak sangat memuliakan dan meninggikan kedu...

Sudah bersedia untuk menunaikan ibadah umrah, ini tips merancang sebelum ke Makkah dan Madinah

Bagi umat Islam yang telah memasang impian untuk mengerjakan ibadah umrah dalam waktu yang terdekat ini, adalah penting untuk membuat persediaan yang rapi khususnya pada ibadah, ilmu dan barang kelengkapan. Jika ini kali pertama anda menunaikan ibadah umrah mesti terpikir-pikir apa perkara yang perlu dilakukan sebagai persediaan untuk ke sana. Contoh macam orang ambil peperiksaan SPM, mesti ada ujian dan latihan yang perlu dibuat sebagai persediaan untuk menjawab soalan-soalan semasa exam nanti. Macam itu juga orang yang nak buat ibadah umrah, mesti kene tahu kan apa yang perlu kita perlu buat sebelum ke sana. Risau pula kalau tiba hari untuk pergi ke sana tapi kita tak buat persediaan untuk diri sendiri asyik fikirkan benda yang tak settle sahaja. Kalau boleh selesaikan dulu perkara-perkara yang penting  dulu supaya kita dapat fokus pada ibadah umrah serta mendapat umrah yang mabrur. Jadi, hari ini kami akan kongsikan tips perancangan sebelum berangkat menunaikan umrah. Memang be...